Azhar Sulaiman muat naik hantaran berbaur sindiran, lepas tu padam

Azhar Sulaiman muat naik hantaran berbaur sindiran, lepas tu padam

 

Pelakon Azhar Sulaiman baru sahaja dilihat berkongsi kenyataan yang berbaur sindiran menerusi hantaran di Instagramnya.

Menerusi hantaran itu, Azhar menyatakan bahawa jika ada masalah berkaitan keluarga dedah sahaja kepada umum kerana akan peroleh banyak kebaikan.

“Ada masalah keluarga? Canang sahaja kepada umum. Banyak kebaikan bakal anda perolehi,” katanya.

Bukan itu sahaja, Azhar menulis kapsyen berbentuk sindiran dan mengajak orang ramai menyertainya.

“Sebab ini trend terbaru orang-orang Melayu suka. Jom sertai kempen ini,” tulisnya sebagai kapsyen.

Oleh itu, hantarannya itu menarik perhatian wargamaya dan ramai yang membahaskan sindiran Azhar itu dimana ada yang bersetuju dan ada yang tidak menyokong kata-katanya itu.

Walaubagaimanapun, dalam hantaran tersebut Azhar tidak menyebut nama mana-mana pihak namun diruangan komen wargamaya seperti dapat mengagak bahawa hantaran tersebut ditujukan kepada pelakon remaja perempuan yang menjadi isu hangat baru-baru ini.

Malah, ada segelintir wargamaya turut menasihatkannya untuk menjaga tepi kain sendiri kerana dia juga mempunyai anak perempuan.

Terdahulu, Azhar telah membuat ulasan peribadi mengenai isu pelakon remaja perempuan yang mengalami gangguan seksual oleh bapa kandung sendiri.

Tindakannya itu mendapat kecaman dan dilihat pelakon remaja tersebut membalas pandangannya.

Walaubagaimanapun, Azhar telah memadamkan hantaran terbabit selepas beberapa jam.