Gara-gara ayam geprek, pasangan kekasih batal putus cinta

Gara-gara ayam geprek, pasangan kekasih batal putus cinta

 

Gara-gara ayam geprek, pasangan kekasih batal putus cinta

Sepasang kekasih di Indonesia yang hampir berpisah akhirnya berbaik semula selepas teman lelakinya membeli ayam geprek untuk memujuk pasangannya.

Kisah ini menjadi tular selepas seorang pengguna media sosial berkongsi tangkap layar perbualannya dengan teman lelaki.

Dalam mesej tersebut, wanita meluahkan rasa kecewa dan menyatakan mahu mengakhiri hubungan cinta mereka.

“Aku tak menangis. Cuma aku mahu putus saja. Terima kasih ya,” tulis wanita itu.

Namun, teman lelakinya enggan mengalah dan tidak lama selepas itu, dia menghantar bukti pesanan makanan ke rumah pasangannya.

Pesanan itu terdiri daripada beberapa hidangan ayam geprek saiz jumbo.

“Dimakan ya, jangan menangis lagi. Okey? Aku masih sayang kamu,” katanya.

Tindakan itu berjaya mencairkan hati wanita berkenaan dan hubungan mereka kembali terjalin semula.

Kisah ini mendapat perhatian ramai dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Namun, ada juga yang menganggap menghantar makanan sebagai taktik untuk memanipulasi emosi pasangan.

“Bekas teman lelaki saya selalu buat begini. Setiap kali kami bergaduh, dia akan hantar makanan. Lama-kelamaan saya sedar, itu cuma cara dia elak bincang masalah sebenar,” kata seorang netizen.

Apa pun, kisah pasangan ini membuktikan bahawa makanan bukan sekadar mengenyangkan, tetapi juga mampu menyelamatkan hubungan.