“Awak takkan fail, percayalah” – Aura positif cikgu ‘addmath’ di DidikTV raih pujian
DidikTV yang hampir seminggu bersiaran nyata memberi manfaat kepada para pelajar sekolah terutamanya mereka yang bakal berhadapan dengan peperiksaan besar tidak lama lagi.
Pelbagai cerita berkenaan para tenaga pengajar di saluran tersebut sehingga tular di media sosial. Walaupun ada sesetengah individu yang mengkritik para guru tersebut, namun masih ada ramai yang memuji cara penyampaian mereka ketika mengajar.
Semangat cikgu mengajar
Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter milik Alan Al Padat, seorang guru matematik tambahan telah dipuji begitu bersemangat dan positif dalam memberi ilmu kepada pelajar-pelajar.
Ada mana-mana retis sendu takdak job nak offer ganti ajar Addmath dekat DidikTV tak? Tibah. Kalau berangan nak jugak, boleh la try lawan Cikgu ni dulu 👏💪 pic.twitter.com/X9it4g5uty
— Alan Al Padat (@IniAlannn) February 19, 2021
Vibe yang sangat positif & ikhlas
Kata-kata positif yang dikeluarkan memberi semangat kepada para pelajar untuk menjawab soalan begitu memotivasikan kerana dilontar dengan begitu ikhlas.
Masing-masing meninggalkan komen dengan berasa gembira melihat kewibawaan guru tersebut ketika mengendali kelas subjek yang dianggap susah oleh setiap pelajar sekolah.
Confident macam ni yang kita mahukan
Penanda aras untuk cikgu2 lain
Kalau macam ni, bukan pelajar je yang tengok
Anak ucap terima kasih
Sehubungan dengan itu, anak kepada guru matematik tambahan tersebut dikenali sebagai Alia Fauzi telah meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana memberikan pujian kepada ibunya.
Dia juga memaklumkan bahawa ibunya membaca setiap komen yang diberikan dan menzahirkan penghargaan kepada semua. Dalam pada itu, Alia turut berdoa agar setiap ilmu yang diajar oleh ibunya itu berterusan dan tidak ada penghujung.
Proud of you mama 🥺 Alia baca ramai betul orang suka semangat mama time mengajar addmath kat DidikTV haritu. Semoga ilmu yang mama diajar tiada penghujung.
She read all your comments & she’s a happy teacher on earth today & I’m a proud daughter 🥰 Thanks for making her day ❤️ https://t.co/rLVKGE0LNK
— Alia Fauzi (@aliaffauzi) February 20, 2021
Sumber: Alan Al Padat, Alia Fauzi