Hanya diberi RM400 sebulan, atuk mengadu di media sosial kena jaga 4 cucu

Hanya diberi RM400 sebulan, atuk mengadu di media sosial kena jaga 4 cucu

 

Hanya diberi RM400 sebulan, atuk mengadu di media sosial kena jaga 4 cucu

Keadaan ekonomi dan kerisauan menghantar anak ke rumah asuhan antara faktor ramai mengambil pilihan dengan meminta bantuan ibu ayah menjaga anak mereka.

Memang ibu ayah tidak akan menolak permintaan anak, tetapi kadang kala keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada mereka.

Ini disebabkan kebanyakan mereka sudah berusia dan tidak mempunyai kudrat dan batasan fizikal untuk menjaga cucu yang sedang membesar dengan pelbagai ragam.

Selalunya kita melihat banyak luahan di media sosial daripada ibu bapa sendiri dalam perihal menjaga anak, tetapi luahan seorang pengguna ini datang dari seorang yang bergelar atuk.

Dalam perkongsiannya di Threads, dia merasakan tidak adil buat dia dan isterinya menjaga cucu seramai 4 orang dan hanya diberikan upah yang sedikit.

Mereka diberi upah sebanyak RM400 sebulan untuk mengasuh cucunya yang berusia 9, 7, 3 dan 2 tahun namun baginya ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan cucu-cucunya sehingga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri sedangkan mereka tiada pendapatan atau pencen.

Justeru, dia bertanyakan pendapat orang ramai mengenai situasi yang dihadapinya.

GtONtekbIAAQsdF

Luahan atuk ini telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen mengkritik tindakan anak mereka yang telah menyusahkan orang tuanya.

Netizen bersetuju upah yang diberikan tidak cukup untuk menanggung empat orang cucu yang sedang membesar, ditambah pula bayaran itu amat tidak masuk akal apabila dibandingkan dengan harga mengasuh seorang kanak-kanak pada zaman sekarang.

Screenshot 2025 06 13 122250

Screenshot 2025 06 13 122319

Screenshot 2025 06 13 122531