Pernah tular anak suka makan nasi putih tanpa lauk, influencer ini sahkan sudah berpisah dengan suami
Pernah tular anak suka makan nasi putih tanpa lauk, influencer ini sahkan sudah berpisah dengan suami
Mempunyai lebih 1 juta pengikut di aplikasi media sosial TikTok, influencer dan juga usahawan berasal dari Terengganu, Attyra Saari sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsian video menyiapkan anak-anaknya dengan busana yang amat cantik sekiranya ada acara khas di sekolah.
Malahan, keluarga yang terdiri daripada 5 beranak ini dilihat sering mengenakan busana sedondon pada Hari Raya Aidilfitri ataupun ketika menghabiskan masa bersama.
Pun begitu, tinjauan lanjut ke akaun media sosial mendapati Attyra rupanya sudah lama tidak berkongsikan sebarang gambar atau video yang memaparkan kelibat suami.
Sebentar tadi di TikTok, ibu kepada 3 anak ini akhirnya mendedahkan bahawa rumah tangganya dengan lelaki itu sudah pun berakhir.
Siapalah yang mahu perkahwinan sendiri terkandas, namun Attyra kini akur dengan takdir yang sudah ditulis oleh Allah meskipun sebelum ini sudah berusaha menyelamatkan bahtera berkenaan.
Walaupun tidak hidup bersama lagi, dia dan bekas suami tetap akan menjalankan tanggungjawab membesarkan 3 anak mereka sebaik yang mungkin.
Netizen yang mengikuti kehidupan keluarga Attyra sebelum ini ikut terkejut dengan berita sedih ini.
Pun begitu, mereka menitipkan kata-kata semangat dan doa semoga wanita cantik ini akan menemui bahagia lain di masa akan datang.