Asmuni rasmi Kejohanan Olahraga SMK Jelapang Jaya kali ke-23

Asmuni rasmi Kejohanan Olahraga SMK Jelapang Jaya kali ke-23
Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Jelapang Jaya Kali Ke-23 berlangsung meriah pagi ini dengan perasmiannya disempurnakan oleh Dato’ Haji Asmuni Awi, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi Dun Manjoi.
Dalam ucapan perasmiannya, Asmuni menekankan kepentingan perpaduan antara ilmu dan sukan sebagai asas membentuk pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, malah sahsiah dan disiplin diri. Beliau turut menyentuh peranan besar ibu bapa dan guru dalam memacu kejayaan pelajar.
Pengetua sekolah, Mastura Kahan Saaib, turut hadir dan memberi taklimat kepada tetamu kehormat mengenai penglibatan pelajar dalam kejohanan kali ini. Turut hadir ialah YDP PIBG, Md Amidon Ag Damit dan Pengerusi JPKK KDAS 2 , Abd Rahman.
Asmuni mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya serta menghargai komitmen guru-guru dan ibu bapa dalam menjayakan program ini.
Kejohanan ini dilihat sebagai satu platform penting mencungkil bakat dan membina semangat kesukanan dalam kalangan pelajar SMK Jelapang Jaya.
@asmuni1881 Perasmian Kejohanan Olahraga SMK Jelapang Jaya Kali Ke-23 Pagi tadi saya berbesar hati dijemput merasmikan Kejohanan Olahraga SMK Jelapang Jaya Kali ke-23. Saya turut diberikan taklimat oleh Pengetua Sekolah, Puan Mastura Binti Kahan Saaib mengenai penglibatan aktif para pelajar dalam kejohanan yang berlangsung hari ini. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga sekolah – barisan guru, pelajar, PIBG dan urus setia – yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Syabas juga kepada para pelajar yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan berjaya meraih kejayaan dalam acara-acara yang dipertandingkan. Turut hadir memeriahkan kejohanan pagi ini ialah YDP PIBG En. Md Amidon Bin Ag Damit dan Pengerusi JPKK KDAS 2 En. Abd Rahman. Kita doakan agar budaya sukan dan gaya hidup sihat terus disemai dalam kalangan generasi muda kita! #AsmuniAwi #PrihatinPendidikan #SMKJelapangJaya #OlahragaSekolah #KerjaUntukRakyat