Asmuni hargai sumbangan pekerja Sempena Hari Pekerja 2025

Asmuni hargai sumbangan pekerja Sempena Hari Pekerja 2025

 

Asmuni hargai sumbangan pekerja Sempena Hari Pekerja 2025

Sempena sambutan Hari Pekerja 2025, Dato’ Asmuni Awi, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi DUN Manjoi, menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pekerja atas jasa dan pengorbanan mereka dalam memacu kemajuan negara.

Dalam satu kenyataan, Dato’ Asmuni menyifatkan pekerja sebagai tulang belakang ekonomi negara, tanpa mengira sektor mahupun lokasi tugas. Beliau turut memberi penekanan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh warga kerja di DUN Manjoi dan Negeri Perak secara keseluruhan.

“Hari ini kita raikan setiap insan yang menyumbang keringat, tenaga dan masa demi membina negara yang lebih maju dan sejahtera,” katanya.

Beliau menyeru semua pekerja untuk terus berjuang dengan penuh keikhlasan dan integriti dalam membentuk sebuah masyarakat yang adil, sejahtera dan bermaruah, seiring dengan matlamat Perak Sejahtera 2030 dan aspirasi Malaysia MADANI.

Ucapan beliau disambut baik oleh masyarakat setempat yang menyambut Hari Pekerja tahun ini dalam suasana penuh kesyukuran dan tekad untuk terus menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.