“Kenapa lah tak masuk ASB dulu..” – Rugi teruk, wanita kesal labur RM20k dalam Unit Trust

“Kenapa lah tak masuk ASB dulu..” – Rugi teruk, wanita kesal labur RM20k dalam Unit Trust

 

“Kenapa lah tak masuk ASB dulu..” – Rugi teruk, wanita kesal labur RM20k dalam Unit Trust.

Pelaburan berisiko tinggi seperti unit trust sememangnya tidak digalakkan buat mereka yang menyangka akan menerima pulangan bagus sepanjang masa.

Baru-baru ini, seorang wanita telah meluahkan rasa kesal dengan pelaburan yang dibuat melalui salah satu institusi pelaburan apabila tidak mendatangkan keuntungan seperti yang disangka.

“Letak wang milik saya RM20,000 pada empat tahun lalu di dalam CWA CIMB Unit Trust dan kini nilai hanya RM14,000 sahaja, tak tau nak cakap apa,” kongsinya di Threads.

Walaupun selalu membuat susulan perkembangan wang yang dilaburkan, ejen hanya meminta wanita terbabit untuk bersabar dengan harapan bakal peroleh keuntungan di kemudian hari.

Tambahnya, dia memahami konsep pelaburan ada untung dan rugi tapi sepanjang pelaburan di unit trust asyik rugi membuatkan dirinya bertambah kecewa.

“Semua orang melabur untuk untung,” tegasnya.

Susulan itu, dia berkongsi mula menyedari jika dulu ada baiknya duit simpanan dimasukkan ke dalam Amanah Saham Nasional Berhad kerana sudah terjamin keuntungan dividen pada setiap tahun dan juga lebih selamat.

Ekoran pelaburan yang tidak menjadi, wanita ini mula pertimbang untuk mengeluarkan kesemua wang pelaburan ke tempat lain atau pun tunggu setahun lagi jika ada sinar harapan untuk mendapatkan keuntungan.

Dia mendedahkan wang yang dilaburkan adalah hasil jerih perih kerja sewaktu COVID-19 pada beberapa tahun lalu.

Unit trust

Perkongsian wanita terbabit telah mengundang pelbagai reaksi netizen di Threads.

Ada yang bersetuju jika unit trust adalah skim merbahaya untuk dicuba jika tidak berani mengambil risiko kerugian kerana nilai pulangan tidak menentu.

Selain itu, ada beberapa pengguna berkongsi idea medium pelaburan lain yang lebih verstail dan relevan seperti emas dan kriptowang yang kini nilainya mencecah lebih RM300,000 untuk 1 BTC.

Tidak keseorangan, ada juga individu lain yang dakwa juga mengalami perkara yang sama dan bakal pertimbangkan membawa keluar wang pelaburan dari unit trust ke ASB selepas mengalami kerugian lebih puluhan ribu menerusinya.