“Isteri di luar negara” – Jalan berpegangan tangan, artis nasyid terkenal didakwa curang dengan wanita lain?

“Isteri di luar negara” – Jalan berpegangan tangan, artis nasyid terkenal didakwa curang dengan wanita lain?

 

“Isteri di luar negara” – Jalan berpegangan tangan, artis nasyid terkenal didakwa curang dengan wanita lain?

Seorang penyanyi nasyid terkenal yang berstatus suami orang didakwa berlaku curang apabila dilihat bermesra dengan wanita lain di sebuah pusat membeli-belah.

Memetik sumber yang melaporkan kepada Harian Metro, penyanyi tersebut dilihat berpegangan tangan bersama seoraang wanita berusia lingkungan 30-an.

Mereka berpakaian warna sedondon dan berjalan berpegangan tangan seolah-olah suami isteri.

Saya cuba merakam tapi agak jauh kerana terkejut melihat seorang artis nasyid berkelakuan begitu.

Menurut saksi, pasangan itu mula-mula berjalan berdua sebelum penyanyi tersebut menuju ke tandas lelaki, sementara wanita berkenaan menunggu di luar.

Artis itu kemudian masuk ke tandas dan wanita itu tunggu di luar depan tandas. Saya perasan wanita itu macam syak sesuatu dekat saya dan saya terus pergi tempat lain.

Tidak lama kemudian, saksi kembali ke lokasi yang sama namun mendapati kedua-duanya telah menghilang diri.

Apabila saya kembali ke situ, mereka sudah tiada. Saya pusing satu kawasan aras situ tapi tak berjumpa. Mungkin mereka masuk ke restoran atau dah naik lif.

Difahamkan, isteri kepada penyanyi yang mempunyai latar pendidikan tinggi itu dikatakan kini berada di luar negara.