“Itu tanggungjawab suaminya..” – Aprena Manrose buka tudung, begini respon Iwan Syahman

“Itu tanggungjawab suaminya..” – Aprena Manrose buka tudung, begini respon Iwan Syahman

 

“Itu tanggungjawab suaminya..” – Aprena Manrose buka tudung, begini respon Iwan Syahman.

Penyanyi Iwan Syahman enggan masuk campur berhubung dakwaan anaknya, iaitu pelakon Aprena Manrose yang dikatakan tidak lagi berhijab.

Sebaliknya, Iwan menyerahkan perkara itu kepada menantu kerana sebagai isteri, soal Aprena terletak di bawah tanggungjawab suami.

“Saya faham, setiap kali berlaku hal kurang enak membabitkan anak-anak, saya yang akan kena ‘tembak’ dahulu.

“Tetapi dalam hal ini, dia ada suami. Jadi, biarlah suami yang uruskan kerana Aprena di bawah tanggungjawabnya.

“Saya tidak mahu ikut masuk campur. Lainlah kalau dia sudah bercerai, saya tahulah hendak buat apa,” katanya menurut BH Online.

Bagaimanapun, sebagai bapa, Iwan mengakui tidak akan lepas tangan dan sentiasa menitipkan pesanan kepada anak-anak sebagai panduan menjalani kehidupan.

“Apabila berita itu tersiar, saya tidak hubungi dia (Aprena). Tetapi kalau dia datang rumah, saya akan beri nasihat mengenai apa yang boleh dan tidak patut dibuat.

“Itu terpulang kepada dia sama ada hendak terima atau tidak. Tugas saya hanyalah untuk mengingatkan sahaja agar tidak tersasar.

“Rasulullah SAW datang ke dunia untuk mengingatkan sahaja kerana yang beri hidayah adalah Allah SWT dan perkara itu tidak boleh dipaksa.

“Tetapi saya bersyukur dan sentiasa berdoa supaya anak-anak kita dapat berubah walaupun ada ketika, mereka gagal istiqamah.

“Ini kerana iman mereka masih lemah dan usaha untuk menguatkannya tidak dibuat bersungguh-sungguh,” katanya.

Terdahulu, melalui hantaran video dimuat naik Uqasha Senrose yang juga sepupunya, Aprena dan beberapa rakan lain dilihat berada di gelanggang badminton.

Dalam video itu, dapat dilihat Aprena yang mengenakan baju-T lengan pendek hanya memakai bandana putih di kepala.

Biarpun sekilas, namun, video terbabit menunjukkan Aprena yang membintangi drama drama bersiri, Hello, Saya Anak Uncle! seperti tidak bertudung.