Isu Aplikasi myTNB, ini jawapan TNB

Isu Aplikasi myTNB, ini jawapan TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bacaan penggunaan bulan Julai tidak akan terjejas.
Menurut TNB, pelanggan boleh menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan seperti biasa.
“TNB ambil maklum sedang tular di media sosial bahawa sesetengah pelanggan mungkin melihat graf penggunaan kWj bulan Julai yang tinggi dalam aplikasi myTNB.
“Atas isu teknikal, terdapat ralat yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat dan graf tersebut tidak dipaparkan buat sementara waktu.
“Kami sedang mengambil tindakan dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Sebelum ini, lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan.
Penetapan tarif ini akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 di bawah kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive-Based Regulation -IBR), selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.
Perubahan tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (Regulatory Period 4 – RP4) melibatkan penstrukturan semula tiga komponen iaitu kadar purata tarif asas, jadual tarif baharu dan mekanisme pelarasan kos bahan api.