Netizen terkejut peniaga jual kuih apam tapi kelapa parut kena caj ‘add on’

Netizen terkejut peniaga jual kuih apam tapi kelapa parut kena caj ‘add on’
Apam dan kelapa adalah dua perkara yang penting dalam kuih apam. Namun selamat datang ke tahun 2025, apabila sudah ada trend baharu peniaga yang menjual apam dan kelapa jual asing asing.
Netizen terkejut apam dijual berasingan dengan kelapa di sebuah bazaar ramadan.
Mereka mendakwa peniaga tersebut sebagai mengambil kesempatan.
“Ini pertama kali dengar kuih dijual ala ala IKEA, apam dan kelapa dijual berasingan. RM2 pula tu, menangis nak membayarnya,” kata Januar Haikal.
Netizen turut menyindir agar peniaga tersebut selepas ini mengenakan caj RM0.50 ke atas plastik.
Seorang lagi netizen berkata: “Kedai akak ni kadang-kadang kosong rasa macam tak habis pun walaupun dah pukul 6 lebih sebab mahal sangat pun, siap tak ada kelapa mana ada orang jual apam tade kelapa?”
“Ya Allah,serius la ada yang jual cara tu macam tu style orang berniaga sekarang ya. Jangan la kata kedai tu kena sihir padahal gaya awak tu berniaga memang kasi orang tak nak beli apam awak tu. Masalahnya ada je kan orang beli apam dia?,” tulis yang lain.
Ada juga yang meninjau komen di TikTok video tersebut dan rata rata tidak setuju dengan cara peniaga tersebut.
Seorang peniaga yang lain mempertahankan tindakan peniaga tersebut kerana menurutnya memang ada yang tak suka makan apam campur dengan kelapa.
@kl.foodie Apam Talam 📍 Bazaar Ramadan TTDI KL
Seterusnya harga kelapa sekarang memang sangat mahal dan membuatkan peniaga terbeban dengan kos.
Dia menulis: “Sebagai peniaga faham sahaja. Sebab ada yang suka makan dengan susu atau bahan lain. Tak makan dengan kelapa. Dengn harga kelapa sakarang memang menangis nak niaga kuih pakai kelapa ni.
“Kalau nak masukkan harga kelapa terus dalam harga kuih tu akan rugi dan membazir la untuk yang beli tapi tak suka kelapa.”
Komen tersebut dijawab yang lain yang mempersoalkan: “Tapi RM2 untik kelapa sedikit macam tu?”
Lalu peniaga tadi berkata: “Setuju, tak kena dengan harganya.”
Kemudian yang lain merasakan tindakan peniaga tersebut mengasingkan apam dan kelapa memang tindakan yang bagus, kerana memang ada yang tak suka kelapa.
Atau membuatkan apam tersebut boleh dijaga dengan lebih baik. Namun netizen berpendapat, adalah lebih baik harga apam tersebut termasuk sahaja kelapa, dan kelapa tersebut tak perlu diberikan kepada pelanggan yang tidak mahukannya, namun harganya tetap sama.
Hal ini kerana menurut mereka, kuih apam dan kelapa memang harus dijual sekali.
Ada juga yang risau trend ini akan ditiru peniaga yang lain dan membuatkan kuih apam dan kelapa dijual secara berasingan. Lebih lebih lagi ramai yang membelinya.