“I quit” – Influencer Itali terkejut tengok menu apam balik pizza di Malaysia
“I quit” – Influencer Itali terkejut tengok menu apam balik pizza di Malaysia
Peniaga tempatan memang tidak kering idea untuk mencipta menu unik dalam meraih jualan.
Namun ada kalanya inovasi mereka yang terlalu kreatif telah mengubah sepenuhnya menu asal sekaligus sudah tiada lagi identiti sebenarnya.
Seperti yang tular di TikTok, apam balik dijadikan seperti hidangan Pizza iaitu makanan tradisional bagi rakyat Itali.
Kini pempengaruh dari negara Itali telah pun memberikan reaksi mereka terhadap ciptaan apam balik pizza terbabit menerusi sebuah video terbaharunya di platform tersebut.
Sambil melihat video penyediaan yang tular, kedua-dua individu dari Itali itu langsung menggelengkan kepala serta menyoal mengapa guna perkataan pizza tetapi jauh beza cara penyediaan dari menu tradisional mereka.
Antara yang disoal termasuklah mengapa menggunakan nama pizza meskipun menggunakan adunan asas yang berlainan, hirisan keju yang ditambah serta meletakkan sos pizza pada adunan apam balik yang tidak kena pada tempatnya.
Mereka langsung menyatakan tidak mampu melihat lagi menu tradisional yang diubah suai oleh warga tempatan.
Di dalam kapsyen video telah ditulis “Apa yang terjadi pada pizza?” seolah-olah mempersoalkan tindakan mengubah suai menu pizza kepada peniaga terbabit.
@lionfieldmusic Apam Balik pizza? #lionfieldmusic #comedian #apambalik #pizza
Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh netizen tempatan berhubung menu terbabit.
Ada yang mengganggap ia sebagai satu gabungan antara masakan dari dua budaya yang berbeza dalam mencipta kelainan padanya.
Sementara sebahagian lain pula merasakan kehadiran apam balik pizza sudah melanggar pantang larang yang dipegang turun-temurun oleh rakyat Itali dan mereka sangat menghormati setiap menu tradisional dengan memastikan setiap penyediaan mestilah bertepatan dengan yang asal.
Susulan itu, ada yang meminta maaf kepada individu berkenaan kerana penawaran menu pizza yang tidak menepati dengan yang diamalkan di negara asalnya.