“Polis pulak dah..” – Sambut anniversary dalam kereta, suami isteri ‘panik’ disergah penguatkuasa

“Polis pulak dah..” – Sambut anniversary dalam kereta, suami isteri ‘panik’ disergah penguatkuasa

 

“Polis pulak dah..” – Sambut anniversary dalam kereta, suami isteri ‘panik’ disergah penguatkuasa

Menyambut ulang tahun perkahwinan atau anniversary adalah satu perkara yang sangat istimewa untuk setiap pasangan suami isteri.

Tidak kira kecil atau besar sambutan itu, yang penting ia mencipta kenangan yang akan mengeratkan lagi hubungan rumah tangga.

Namun biasanya, setiap pasangan menyambut ulang tahun perkahwinan dengan cara tersendiri yang dapat menggambarkan hubungan yang sedang dilalui.

Ada yang menempah makan malam romantik di hotel atau restoran mewah dan ada yang menghadiahkan pasangan masing-masing hadiah bermakna.

Pada masa yang sama, ada juga dalam kalangan kita yang memilih untuk meraikan tarikh istimewa itu secara ringkas, tetapi boleh mengukir senyuman panjang di wajah.

Itulah situasi yang dilalui pasangan suami isteri yang menjadi tular di media sosial. Ketika mereka mahu meraikan ulang tahun perkahwinan, berlaku satu insiden yang tidak mungkin dapat mereka lupakan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @miedaa.0 di TikTok, dia dan suaminya berada dalam kereta untuk meraikan hari istimewa tersebut.

Seperti biasa, sambutan diiringi dengan sepotong kek yang dibeli daripada sebuah kedai menjual kek terkenal.

Ketika mahu meniup lilin yang dipasang di atas kek, secara tiba-tiba mereka disergah oleh penguatkuasa yang sedang melakukan rondaan keselamatan.

“Happy anniversary…. polis pula dah…” ujar suami kepada @miedaa.0 sambil menahan ketawa.

Lelaki tersebut kemudiannya menurunkan tingkap kereta di bahagian penumpang, sambil menjelaskan mereka sedang menyambut ulang tahun perkahwinan.

Suami @miedaa.0 turut memberitahu mereka berhenti di lokasi tersebut kerana ada pencahayaan yang cantik untuk mengambil video kenangan.

Menerusi video berdurasi 00:35 saat turut memaparkan pasangan itu kelihatan terhibur dan ketawa apabila sambutan tersebut tergendala seketika.

@miedaa.0

Orang kalut . Depa lagi kalut 🤣#fyp

♬ original sound – . – .

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh @miedaa.o.

Dalam masa sama, mereka turut menitipkan doa kepada pasangan suami isteri ini.