Pandu kenderaan jabatan potong ‘double line’, anggota JPJ digantung tugas

Pandu kenderaan jabatan potong ‘double line’, anggota JPJ digantung tugas

 

Pandu kenderaan jabatan potong ‘double line’, anggota JPJ digantung tugas

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan tegas serta-merta terhadap seorang anggotanya yang memandu kenderaan jabatan dengan cara tidak wajar dan bahaya di Simpang Pulai, Perak.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan yang dikenakan termasuk pengeluaran notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar.

Beliau berkata, tindakan lain adalah larangan memandu kenderaan jabatan dan arahan menggantung tugas serta menempatkan anggota yang terlibat ke jawatan kumpulan di Ibu Pejabat JPJ sehingga siasatan selesai.

“JPJ juga telah mengambil langkah susulan dengan melaksanakan siasatan lanjut berkaitan kesalahan-kesalahan lain yang melibatkan anggota berkenaan untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Aedy Fadly berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan raya termasuk anggota serta kakitangan JPJ yang melakukan kesalahan lalu lintas.

May be an image of text

May be an image of text that says 'Pihak JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan raya termasuk anggota serta kakitangan Jabatan ini yang melakukan kesalahan lalu lintas. Pihak JPJ merakam setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada orang oleh pengguna jalan raya. awam yang telah merakam kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan mematuhi JPJ menyeru kepada orang awam untuk melaporkan aduan secara terus atau real time jika terdapat mana-mana pengguna jalan raya tidak peraturan jalan raya yang telah ditetapkan menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj aduantrafik@ipi.gov.my beserta dengan butiran lengkap aduan. dengan atau emel KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA 9 JULAI 2025 ΓΓΑΜΑΤ]'

Sementara itu, beliau berkata, orang awam diseru untuk melaporkan aduan secara terus atau masa nyata jika terdapat mana-mana pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan.

“Laporan boleh dibuat dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau emel [email protected] berserta dengan butiran lengkap aduan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 12 saat memaparkan sebuah kenderaan JPJ cuba memotong sebuah lori di garisan berkembar sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain. – Bernama