Polis siasat video tular anggota ajak wanita ‘check in’ hotel

Polis siasat video tular anggota ajak wanita ‘check in’ hotel

 

Polis siasat video tular anggota ajak wanita ‘check in’ hotel

Semalam, tular di media sosial sebuah video perbualan seorang wanita dan seorang lelaki dipercayai seorang anggota polis di mana polis itu telah mengajak seorang wanita untuk ke hotel bersama-sama.

Perbuatan lelaki yang memakai seragam polis itu telah dirakam oleh wanita itu namun wajah lelaki tersebut ditutup, jadi identiti anggota polis itu tidak diketahui.

 

Terkini, Harian Metro melaporkan bahawa pihak polis meminta wanita tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan tentang kejadian itu kerana dalam video yang tular itu, anggota polis berkenaan dipercayai telah melakukan perbuatan yang mengaibkan kesantunan wanita.

Menurut video yang tular itu, difahamkan, anggota polis itu mengajak wanita itu ke hotel ketika polis itu sedang bertugas.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan atau isyarat dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Meninjau ke akaun TikTok wanita itu, difahamkan, dia telah pun ke balai polis untuk membuat laporan namun membatalkan hasratnya itu kerana dia mendakwa polis yang bertugas di balai polis berkenaan mendakwa wanita itu memuat naik video itu kerana hanya mahukan views di media sosial.

Selain itu, wanita ini turut menceritakan semula tentang kejadian tersebut di TikToknya.

@shaamajinbuuu_

My Explaination .. harap korang faham .. thanks 🙂

♬ original sound – shaamajinbuuu_ – shaamajinbuuu_