“Sudah kahwin puluh tahun ini yang senyap, tak ada tayang menayang” – Anak tiri Nora Ariffin luah perasaan

“Sudah kahwin puluh tahun ini yang senyap, tak ada tayang menayang” – Anak tiri Nora Ariffin luah perasaan

 

“Sudah kahwin puluh tahun ini yang senyap, tak ada tayang menayang” – Anak tiri Nora Ariffin luah perasaan

Anak tiri kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, meluahkan perasaan sebagai seorang anak yang mahu melihat kebahagiaan rumah tangga ibu bapanya.

Menerusi hantaran di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Alia Rushdi memuat naik beberapa keping foto ibu dan bapanya.

Foto-foto tersebut memaparkan momen kemesraan antara Dr Rushdi Ramli bersama isteri pertamanya.

Pada hantaran yang sama, Alia berkata ibu bapanya hanya bersederhana meskipun sudah lama bergelar suami isteri.

Yang sudah berkahwin berpuluh tahun ini yang senyap, tak ada tayang menayang, hidup bersederhana.

Di alam semesta yang lain, mungkin hanya mereka berdua sahaja. Mungkin hanya mama dan baba, tidak ada orang lain.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat warganet yang turut mengalami nasib sama seperti Alia memberikan kata-kata semangat dan menyokongnya.

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa orang individu yang mengenali ibu Alia menyifatkannya sebagai seorang wanita yang baik serta lemah lembut.

Imbas kembali, pada 12 Ogos lalu, Nora diceraikan oleh bekas suami menerusi video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di Instagram. Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Pada September, Nora dan suaminya mengambil keputusan untuk rujuk kembali sebagai suami isteri.

Untuk rekod, pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik kepada suami pertama Nora, Allahyarham Johan.

Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.