“Gambar mata lebam foto lama” – Anak sulung Zahnita Wilson tampil ‘back up’ bapa

“Gambar mata lebam foto lama” – Anak sulung Zahnita Wilson tampil ‘back up’ bapa

 

“Gambar mata lebam foto lama” – Anak sulung Zahnita Wilson tampil ‘back up’ bapa

Gambar bahagian mata kiri dalam keadaan lebam yang dikongsi pelakon dan model Zahnita Wilson pada 2 Disember 2024 didakwa foto lama.

Anak sulungnya iaitu Zahrafeena atau mesra disapa Zahra, 18, mendakwa semua pendedahan yang dibuat ibunya sudah dirancang lebih awal.

“Ibu sudah rancang untuk kami berpindah selepas saya selesai peperiksaan SPM tetapi perkara ini menjadi tular lebih awal.

“Di sekolah cikgu ada bertanya adakah saya dipukul? Saya jelaskan tiada siapa yang dipukul dan gambar dikongsi oleh ibu itu adalah foto lama,” katanya menurut mStar.

Dalam pada itu, Zahra tidak menyangkal konflik keluarganya memberi kesan terhadap dirinya apatah lagi dia kini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Zahra juga kecewa dengan sikap Zahnita yang dilihat seperti mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Sebagai anak saya memang kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Hendak fikir SPM, fikir tentang dia (Zahnita) lagi. Apa yang ibu buat ini pada masa tidak tepat.

“Dia bagaikan tidak ambil kisah fasal saya yang sedang menduduki SPM. Dia lebih fokus tentang diri sendiri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hubungannya dengan Zahnita juga tegang apabila dia sering dijadikan orang tengah setiap kali berlaku masalah di antara ibu bapanya.

Zahra akui dia juga lebih selesa menetap bersama bapanya selepas Zahnita bertindak keluar dari rumah mereka dan berpindah ke tempat lain.

“Rasanya tak perlu libatkan saya dalam masalah ini kerana ini isu orang dewasa.

“Tiada siapa yang paksa. Saya yang mahu tinggal bersama ayah. Tinggal bersama ayah lebih chill (tenang).

“Saya boleh sahaja berjumpa ibu kerana rumahnya tidak jauh dari sini. Tetapi saya memilih untuk tidak berjumpa sebab kebelakangan ini ibu selalu marah bila berjumpa,” jelasnya.

Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.