Anak sorok sedih dimarah cikgu sebab belum pandai membaca, ibu dipuji tetap beri kata semangat

Anak sorok sedih dimarah cikgu sebab belum pandai membaca, ibu dipuji tetap beri kata semangat

 

Seorang ibu seakan mendapat firasat anaknya berada dalam keadaan sedih apabila tiba-tiba bergenang air mata selepas ditanya jika mempunyai sesuatu yang ingin diceritakan.

Selepas ditanya, kanak-kanak yang baru memasuki kereta selepas pulang dari sekolah mulai berasa sebak selepas raut wajahnya berubah.

Pada awalnya, kanak-kanak tersebut hanya tersenyum dan menyatakan tidak apa-apa sebelum diasak untuk menceritakan hal sebenar kerana dilihat seperti sedang memendam perasaan.

Dia cuba sembunyikan tapi ibu tau adik tak gembira. Dia harapkan ibu tanya lagi perasaan dia dan baru adik buka mulut bercerita. Sebab dia tahu tekaan ibu biasanya tepat,” kata ibunya.

@june_erniey

Kerana aku seorang ibu, ibu masih blm sihat sepenuhnya, tapi tugas ibu nak handle anak2 ibu tu tetap ibu jalankan tak pernah dpt cuti, wlpn ibu tak sihat, masih lagi fasa kuat nangis adik nie,tapi cubaan nak sorok perasaan tu mmg tak kn pernah berjaya, sbb allah mmg hadirkan firasat pada sorg ibu apa sahaja tentang anak2. Ibu nak adik tau perjalanan hidup kita now tak boleh lagi nak manja2 sangat, kuatkan semangat utk kejayaan masa depan. #haylaelvina #mykidsrmyworld #kidsbelike #housewifereallife

♬ Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

 Video yang dikongsi oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Ibu June Erniey telah mendapat perhatian apabila anaknya secara perlahan-lahan mengangguk sambil menahan air mata memberitahu dimarahi dan dirotan cikgu kerana tidak mahir membaca.

Walau bagaimanapun, dia mahu mendengar dahulu penjelasan daripada guru tersebut serta anaknya sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Ibu akan tanya cikgu apa masalah.. ibu sebenarnya tak kisah pasal rotan. Kalau salah rotan jelah tapi ibu kena tahu apa salah adik buat. Nanti ibu mesej cikgu. Kalau betul salah adik, ibu tak boleh salahkan cikgu,” ujarnya.

Ibu June Erniey akui sedih apabila melihat keadaan anaknya namun tetap memberikan semangat serta menasihatinya supaya berlapang dada dan mengakui kesilapan diri.

“Nak nangis boleh tapi biar berpada-pada. Kalau sebab cikgu nak bagi ilmu.. kuatkan semangat, belajar sungguh-sungguh. Adik mesti boleh berjaya. Kalau betul salah, kena mengaku salah kita,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji cara pengguna TikTok berkenaan menasihati anaknya agar dia tidak putus asa dalam terus belajar.

Ada juga diantara mereka yang menyarankan supaya mendapatkan beberapa jenis buku yang boleh membantu anak-anak dalam mahir membaca dengan mudah.

bergenang air mata

Kita semua dulu pun pernah belajar membaca dan faham bukan senang untuk terus mahir kerana disitulah proses pembelajaran.

Jangan give up tau dik!