“Cakap bodoh, lepastu kena maki” – Anak dakwa ibu dibuli rakan sebilik ketika tunai Haji

“Cakap bodoh, lepastu kena maki” – Anak dakwa ibu dibuli rakan sebilik ketika tunai Haji

 

“Cakap bodoh, lepastu kena maki” – Anak dakwa ibu dibuli rakan sebilik ketika tunai Haji

Seorang wanita berkongsi tentang kisah ibunya yang didakwa telah dibuli oleh rakan-rakan sebilik semasa menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, wanita tersebut memberitahu bahawa ibunya mengalami kemurungan selepas pulang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Kesian mak, lepas balik dari sana dia murung sebab teringat-ingat rakan sebilik buli dia.

Mak saya memang buta IT, nak keluar pun tak pandai. Dekat kampung di memang duduk rumah sahaja.

Lebih parah lagi, wanita tersebut mendakwa sekumpulan jemaah itu juga sering melemparkan kata-kata kesat terhadap ibunya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah tersebut kerana melakukan hal sedemikan meskipun berada di Tanah Suci.

Dia cerita ada mak cik-mak cik di biliknya cakap bodoh, bengap..dia kena maki dan ditengking.

Ingat yang pandai bolehlah membantu, tapi orang yang tak pandai ini makin ‘dipalau’ pula.

Macam-macam lagi mak cerita, sedih bila mak kita kena macam tu.

Umurnya pun dah lebih 70 tahun, manalah dia tahu sangat. Ini ujian mak, dia diuji sebab Allah sayang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyelar sekumpulan jemaah tersebut yang tergamak bersikap sedemikian terhadap rakan sebilik mereka.

Dalam masa yang sama, warganet juga meluahkan rasa simpati kepada ibu wanita berkenaan dan mencadangkan supaya mereka membuat aduan tentang perkara tersebut kepada pihak pengurusan.