“Anak 4 tahun ajak kawannya nikah” – Kongsi momen mesra bersama isteri, golongan ibu minta Aqil Zulkiflee tapis konten

“Anak 4 tahun ajak kawannya nikah” – Kongsi momen mesra bersama isteri, golongan ibu minta Aqil Zulkiflee tapis konten

 

Personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aqil Zulkiflee mencuri perhatian apabila memuat naik momen mesra bersama isterinya menerusi hantaran di TikTok.

@aqilzulkiflee

Mandi swimming pool dekat private villa di maldives ❤️ Jangan lupa tengok video kat yt channel Aqil Zulkiflee ✨ #viraltiktok #foryoupage #fypシ #fyp

♬ Full di YT ahdanwahyudin – ahdanwahyudn_

Menerusi hantaran tersebut, Aqil atau nama sebenarnya Ahmad Aqil Zulkiflee berkongsi momen mesra sewaktu sedang mandi di sebuah kolam renang bersama isterinya.

Dapat dilihat, Aqil yang memakai baju berwarna memberikan layanan yang sungguh istimewa buat isteri tercintanya.

Walau bagaimanapun, tindakan Aqil yang berkongsi momen mesra bersama isterinya itu seakan tidak dipersetujui wargamaya yang rata-ratanya merupakan golongan ibu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Aqil untuk menapis kandungan yang dimuat naiknya di media sosial memandangkan kebanyakkan peminat pempengaruh berusia 28 tahun itu adalah kanak-kanak.

Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Aqil telah meraih lebih 450,000 tontonan dan lebih 23,000 tanda suka.