Ammar Alfian & Syamsul Yusof dah berbaik, lupakan sengketa 13 tahun lalu

Ammar Alfian & Syamsul Yusof dah berbaik, lupakan sengketa 13 tahun lalu

 

Ammar Alfian & Syamsul Yusof dah berbaik, lupakan sengketa 13 tahun lalu

Foto berpeluk Ammar Alfian dan Syamsul Yusof mencuri perhatian ramai apatah lagi umum mengetahui hubungan pelakon dan pengarah tersebut tidak baik.

Dalam gambar berkenaan, Syamsul dilihat memeluk Ammar sambil menunjukkan wajah ceria dipercayai dirakam ketika mereka bertemu di sebuah kafe.

Ammar atau Ammar Alfian Aziz, 37, memberitahu dia sudah melupakan semua sengketa yang pernah berlaku di antara mereka 13 tahun lalu.

Kata Ammar, persengketaan tersebut sudah lama berlalu dan tidak ingin lagi mengenang kisah silam.

Sebaliknya kata Ammar, bersempena kedatangan 2025 tidak lama lagi dia mahu kembali merancakkan karier seninya dan berharap ia menjadi tahun yang baik untuknya.

“13 tahun sudah berlalu, masa lalu adalah masa lalu.
“Tahun 2025 akan menjadi tahun yang lebih baik. Insya-Allah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan sebak melihat kedua-duanya sudah berbaik.

Malah terdapat juga pernmintaan daripada netizen yang mahukan Ammar dan Syamsul kembali bergabung dalam naskhah genre aksi.

“Alhamdulillah, gembira bercampur sebak melihat kedua-dua mereka sudah lupakan sengketa lama dan kembali berbaik.

“Mantap Ammar, hidup mesti diteruskan dan tiada manusia sempurna dalam dunia ini. Semoga kembali berlakon dalam filem arahan Syamsul.

“Kolaborasi bersama tak lama lagi ni, tak sabar nak tengok,” tulis netizen.

Pada 2013, Ammar dan Syamsul pernah bergaduh malah hampir bertumbuk selepas timbul salah faham di antara mereka.

Ammar pernah berlakon di bawah arahan Syamsul menerusi filem KL Gangster 2 yang ditayangkan pada tahun 2013.