‘Kalau tak nak minum arak makanlah dadah, ringan sikit’

‘Kalau tak nak minum arak makanlah dadah, ringan sikit’

 

‘Kalau tak nak minum arak makanlah dadah, ringan sikit’

Penyanyi Ameng Spring mengimbas kembali ketika dirinya mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Menerusi pendedahan di TikTok Agenda Nasional, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata, sebelum mengambil bahan terlarang dia sering ditawarkan dengan minuman keras.

Saya mula mengambil dadah pada tahun 1997 dan ditangkap ada tahun 2011.

Sebenarnya saya bukan terus ambil dadah, ketika itu saya sering ditawarkan dengan minuman keras.

Saya pula orang kampung, saya menganggap minuman keras ini terlalu berat untuk saya.

Individu yang tawarkan itu adalah pelanggan, jadi kita perlu mengambil hati dia. Tetapi saya katakan padanya, saya tak boleh ambil arak sebab haram.

Menganggap minuman keras terlalu berat baginya, penyanyi berusia 56 tahun itu kemudian ditawarkan pula dengan bahan terlarang.

Menurut Ameng, itu adalah permulaan dia terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Akhirnya dia tawarkan saya dengan dadah, katanya kalau tak nak minum arak makanlah ini (dadah), ringan sedikit. Saya bermula dengan mengambil dadah jenis estacy.

Bila saya makan sebiji, esoknya rasa lain kalau saya tak ambil lagi.

Saya fikir ianya ringan, tetapi sebenarnya ia boleh menjerat.

Menyesali dengan kejadian lalu, pelantun lagu Pesanan Buat Kekasih itu menasihati orang ramai supaya berfikir dengan rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.

Kalaulah saya boleh ulang balik, saya mahu jadikan hidup saya sempurna.

Sebenarnya setiap manusia ada akal fikiran dan kita sudah tahu sama ada sesuatu perkara itu salah atau tidak.

Sepatutnya kita guna akal fikiran dengan sewajarnya.

@agenda_nasional

Replying to @abukuhapah #dadah #amengspring #bougainvillea #konvensyenkepulihankebangsaan #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #hariantidadah

♬ Sampai Hati – Spring

Sekadar info, Ameng pernah dihukum penjara kerana kesalahan dadah pada tahun 2011 sebelum dibebaskan pada tahun 2016.

Sejak dibebaskan, Ameng kembali mendapat nafas baru selepas mula mendapat tempat di dalam industri dan mula diterima baik oleh peminat muzik tanah air.