“Dia sangat baik dan penyayang..” – Ameera Khan ‘back up’ Jefri Nichol, minta netizen henti kecam

“Dia sangat baik dan penyayang..” – Ameera Khan ‘back up’ Jefri Nichol, minta netizen henti kecam

 

“Dia sangat baik dan penyayang..” – Ameera Khan ‘back up’ Jefri Nichol, minta netizen henti kecam.

Personaliti media sosial, Ameera Khan minta netizen henti kecam aktor kacak sensasi Indonesia, Jefri Nichol berhubung kenyataan kontroversi pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain berlaku curang dengan pasangan.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada Rabu, pemilik nama Nur Ameera Abdul Halim Khan tidak bersetuju dengan komen dilemparkan netizen sejak kebelakangan ini.

Menurut adik kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa, dia telah lama mengenali dan berkawan dengan Jefri.

Akui personaliti media sosial berusia 23 tahun itu, Jefri merupakan seorang individu dan aktor yang baik.

“Dia (Jefri) baik dan kami dah lama kenal dan berkawan.. Kalau sesiapa yang pernah jumpa dia, mereka akan tahu dia lelaki yang penyayang dan sangat-sangat baik.

“Kita nak yang terbaik untuk dia, jadi jangan menilai. Saya kenal dia, saya tahu dia baik,” ujarnya.

Ameera juga berpendapat orang ramai tidak mempunyai hak untuk menilai seseorang berdasarkan kisah dan perjalanan hidup mereka kerana masing-masing melalui ujian berbeza.

“Jangan menilai orang lain dengan begitu cepat. Kalau orang menilai saya seperti itu, saya sangat sedih. Tolong jangan jadi terlalu kejam sebab bila kita tengok orang tu dekat media sosial, kita menilai tetapi sebaliknya dia berbeza dengan apa yang orang nampak di media sosial.

“Mungkin apa yang orang tu buat dan cakap adalah bukan benda yang mereka nak tapi mungkin itu adalah perjalanan seseorang. Semua orang ada perjalanan masing-masing. Mungkin pengakhiran orang itu akan lebih baik daripada kita, benda tu kita tak tahu,” luahnya.

Tegasnya lagi,  dia tidak memerlukan persetujuan orang ramai dalam apa jua tindakan yang dilakukannya.

Bagaimanapun, Ameera berterima kasih kepada orang ramai kerana bimbang akan dirinya selama ini.

“Apa yang korang cakap ni kasar sangat.  Kalau ada apa-apa pun, saya tak perlu persetujuan orang.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang bimbangkan saya tapi tak bermakna korang kena rendahkan orang lain,” ujar Ameera Khan.

@trendingditiktokmalaysia

#lmk #littlemisskhan #ameerakhan #jefrinichol #jefrinicholfans

♬ original sound – trendingditiktokmalaysia – trendingditiktokmalaysia

Sebelum ini, timbul gosip mendakwa adik kepada Neelofa itu sedang hangat bercinta dengan Jefri. Namun hubungan mereka dikatakan putus selepas Ameera dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram Jefri.

Namun baru-baru ini, mereka kembali ‘mesra’ dan kemunculan video mesra bersama di Jakarta yang tular itu seakan-akan membangkitkan kembali spekulasi sama.