Mesyuarat Tahunan AMANAH Tambun berlangsung meriah, Mahfuz Omar sempurnakan perasmian

Mesyuarat Tahunan AMANAH Tambun berlangsung meriah, Mahfuz Omar sempurnakan perasmian

 

Mesyuarat Tahunan AMANAH Tambun berlangsung meriah, Mahfuz Omar sempurnakan perasmian

Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Tambun bagi tahun 2025 berlangsung meriah pagi ini di Hotel Seri Malaysia, Ipoh dengan kehadiran perwakilan dari seluruh cawangan dalam kawasan tersebut.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Presiden AMANAH, Dato’ Wira Haji Mahfuz Omar, yang hadir sebagai perasmi dan menyampaikan amanat penting kepada semua ahli mengenai kesiapsiagaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum dan pengukuhan struktur akar umbi.

Dalam ucapannya, Mahfuz menggariskan keperluan untuk meningkatkan strategi komunikasi, mengukuhkan kerja-kerja kebajikan serta memastikan seluruh jentera pilihan raya ditadbir urus secara sistematik dan bersatu.

Ketua AMANAH Kawasan Tambun, Dato’ Asmuni Awi, dalam ucapan dasarnya menyatakan komitmen kawasan untuk memperkukuh organisasi di setiap cawangan serta meneruskan tradisi turun padang mendekati rakyat di DUN dalam Parlimen Tambun.

“Tahun ini adalah tahun konsolidasi organisasi. Kita bukan sahaja perlu menyiapkan jentera pilihan raya, tetapi juga memperkukuh kebajikan, ekonomi rakyat dan peranan AMANAH sebagai parti Islam progresif yang memberi penyelesaian,” katanya.

Mesyuarat juga menyaksikan penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang kepada Allahyarham Rashid Kamarudin, mantan Pengarah Pilihan Raya AMANAH Tambun. Anugerah disampaikan oleh Dato’ Mahfuz kepada anak Allahyarham sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan besar beliau kepada perjuangan parti di kawasan ini.

Majlis diteruskan dengan sesi pembentangan minit mesyuarat, laporan tahunan, laporan kewangan serta perbahasan usul.

Turut hadir dalam mesyuarat tahunan ini ialah Salman Saleh, Setiausaha AMANAH negeri Perak.

Mesyuarat berakhir sekitar jam 2.00 petang dengan semangat baru dalam kalangan ahli untuk terus memperkukuh AMANAH Tambun sebagai wadah rakyat.