“Kalau nampak benda pelik-pelik..” – Foto bergari & mata lebam tular, Alif Satar tampil beri penjelasan
“Kalau nampak benda pelik-pelik..” – Foto bergari & mata lebam tular, Alif Satar tampil beri penjelasan.
Tiada angin tiada ribut, selebriti versatil, Alif Satar mohon jangan percaya berita palsu susulan tularnya gambar dia dalam keadaan bergari serta bermata lebam.
Menerusi hantaran yang dibuat Alif di Instagram, dia menyatakan dirinya menjadi mangsa fitnah menggunakan Artificial Intelligence (AI) sehingga memperlihatkan dirinya dalam keadaan yang tidak baik seakan telah melakukan kesalahan.
Ujar pengacara tersebut, tekonologi yang semakin berkembang ketika ini memang bagus, namun ada pihak yang mengambil peluang untuk melakukan perkara negatig sehingga boleh jatuh fitnah serta memberi kesan tidak baik kepada imej seseorang.
“Alif notice lately baaanyak gila fake news. termasuk lah image image pasal Alif. Zaman sekarang ni AI ni best, tapi there is also a chance yang boleh jatuh fitnah atas orang dan ni boleh bagi impak negative kepada imej,” tulisnya.
Susulan daripada itu, Alif Satar mohon jangan percaya dengan berita-berita palsu terutamanya berkaitan dirinya yang sama sekali tidak dilakukan.
“So korang kalau nampak bende pelik- pelik pasal Alif ke, pasal your family members ke apa ke.. Do your part untuk REPORT – Haa korang tengok macam ni – Akuuuu plak kena. Hahaha, Pelik betul zaman sekarang. So guys Doa banyak banyak, we’re at a time of Fitnah, stay vigilant,” ujar Alif lagi.
Perkongsian daripada pengacara tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen dan kenalan dengan menanggapinya secara gurauan.
Walau bagaimanapun, mereka akui perkara tersebut sangat berat dan ia boleh merosakkan imej seseorang walaupun hakikatnya tidak dilakukan oleh individu berkenaan.
Semoga kita semua terhindar daripada fitnah-fitnah yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab dan menggunakan kemajuan teknologi terkini untuk tujuan tidak baik.