Aliff Syukri ditawar jawatan CEO, gaji cecah ratusan ribu ringgit

Aliff Syukri ditawar jawatan CEO, gaji cecah ratusan ribu ringgit

 

Aliff Syukri ditawar jawatan CEO, gaji cecah ratusan ribu ringgit

Usahawan popular, Dato Seri Aliff Syukri kini dilema selepas menerima tawaran pelantikan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) daripada sebuah syarikat yang menawarkan gaji dipercayai RM300,000.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagramnya, pihak syarikat tersebut percaya dengan kemahiran Aliff yang mampu untuk memberikan anjakan positif untuk membangun perniagaan mereka.

“Patut ke saya ambil tawaran ini? Nak ke tak nak? Kang staf baru terus terkejut dengan makian papa ni,” ujarnya.

Sekiranya Aliff menerima tawaran tersebut, dia bakal menggalas tanggungjawab sebagai CEO pada 15 Februari ini dan elaun khas juga disediakan berjumlah RM15,000.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dan mencadangkan supaya Aliff menerima tawaran tersebut berbanding bekerja keras untuk mengeluarkan lagu.

Pun begitu, ada juga segelintir netizen menganggap gaji yang ditawar oleh syarikat terbabit buat Aliff tidak memadai dan meminta usahawan itu untuk terus fokus pada perniagaannya sendiri.