Alif Teega didakwa esok atas dua tuduhan salah guna dana awam

Alif Teega didakwa esok atas dua tuduhan salah guna dana awam

 

Pempengaruh terkenal, Alif Teega didakwa esok atas 2 tuduhan salah guna dana awam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Memetik laporan dari Harian Metro, Aliff atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Namun, sumber tersebut menjelaskan hanya Alif sahaja yang akan didakwa, manakala isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, tidak akan didakwa walaupun mereka telah ditahan bersama tempoh hari.

“Bagaimanapun, hanya Alif yang akan didakwa esok mengikut seksyen itu,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengesahkan perkara itu dalam perkongsian di media sosial dan mendapat izin untuk mendakwa pempengaruh berkenaan esok.

Terdahulu, Alif Teega dan Aisyah Hijanah telah direman selama empat hari pada Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung isu menyalahgunakan dana awam.

Akan tetapi, pempengaruh tersebut melalui peguamnya telah membuat penafian kesemua tuduhan penyelewenangan dan pecah amanah yang dikaitkan dengan dirinya seperti ditularkan di media sosial.

Pasangan pempengaruh dan usahawan itu juga menegaskan dalam beberapa hantaran di media sosial memaklumkan yang mereka tidak pernah menggunakan kutipan dana untuk kepentingan peribadi.