“Aku dah tak buat benda bodoh tu”, Suami Fatin Afeefa dah setahun berhenti main Forex
Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang seakan memberi bayangan dirinya sudah meninggalkan dunia pelaburan mata wang asing (Forex).
Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya berhubung agihan makanan secara percuma yang dilakukannya ketika bulan Ramadan.
Abang semalam tak ada pun tengok dekat story, senyap je. Itu la budak Forex memang suka menipu.
Aliff kemudian menjelaskan bahawa dia dan pasukannya bercuti pada hari tersebut.
Kalau abang nak tahu, masak roti john ni bukan senang. Kami pun pertama kali masak.
Jadi kenapa semalam tak ada makanan percuma sebab kita nak masak ni biar ikhlas. Jadi bila tak ada keikhlasan, kita cutilah. Orang nak makan, kita nak bagi orang puas hati dan menikmati.
Tapi hari ini Alhamdulillah, kita dah ada keikhlasan dan kita yakin boleh buat kerja ikhlas, insya-Allah kita masak hari ini.
Dalam pada itu, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai menegaskan bahawa sudah setahun dia tidak ‘sentuh’ pelaburan Forex.
Pasal forex, kau jangan cakap dah pasal benda tu. Aku dah setahun tak buat benda bodoh tu, dah setahun tak berharap benda tu..elok je boleh hidup.
Kau tu kalau fikir Forex je yang boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana.
Aku yakin rezeki itu luas, yang penting yakin. Allah maha kuasa, makhluk tak ada kuasa. Jual apa pun boleh.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa syukur dengan tindakan Aliff dan mendoakannya agar dilimpahkan rezeki yang lebih baik.
Alhamdulillah Allah lembutkan hati dia untuk berhenti benda yang tak elok.
Kalau betul dah tinggalkan Forex Alhamdulillah, benda baik kita sokong.
Saya buka profile dia and bio ‘dah tak trade’. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan dan Allah limpahkan lagi rezeki buat kamu. Amin.
@aliff_awang Aku yakin rezeki itu luas 😆 yang penting yakin, Allah maha kuasa. Makhluk takda kuasa. Jual apa pun boleh #confirmfyp