Aktif cari ‘sugar daddy’ di group Telegram, terbongkar sisi gelap pelajar sekolah
Sejak kebelakangan ini, ramai remaja berdepan dengan pelbagai kes-kes yang berada di luar jangkaan ibu bapa
Anak-anak sememangnya di bawah pantauan ibu bapa namun ada juga yang bersifat degil dan tidak mendengar kata.
Sama juga dengan anak-anak yang duduk di asrama, mereka akan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Oleh itu, gurulah tempat mereka bergantung dan mendapatkan perhatian
Baru-baru ini, tular sebuah kisah di Facebook yang dikongsikan oleh seorang guru kepada aktivis Akhi Fairuz melalui laman Facebook rasminya.
Dia terkejut apabila mendengar kisah guru itu. Isu anak-anak remaja yang sudah mula couple, bersentuhan, berkhalwat, sehingga terlanjur kepada zina semakin membimbangkan.
Ternampak akaun ‘Budak Muda Bujang’ di group Telegram
“Saya curious dengan nama group tersebut, saya berfikir agak lama dan akhirnya terus masuk group itu”
“Kenapa saya masuk?”
“Untuk pengetahuan tuan, saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah kawasan bandar di Lembah Klang. Kesemuanya murid Melayu. Pelajar sekolah saya ramai daripada keluarga berada. Ramai di antara mereka telah mempunyai telefon bimbit dan akaun media sosial sendiri.
Di waktu lapang, saya gemar ‘siasat’ media sosial anak-anak murid saya. Mana-mana pelajar saya yang pernah WhatsApp saya atas urusan pelajaran atau aktiviti sekolah, saya akan terus save nombor mereka. Dengan cara ini, sedikit sebanyak saya boleh tengok story WhatsApp mereka dan tahu apa yang mereka buat dan minat” tulisnya.
Cikgu tersebut terkesan apabila ada sesetengah murid yang pandai berlakon, bermuka-muka depan baik tapi belakang nauzubillah. Sebagai contoh, bahasa kurang beradab, kadang bercakap unsur lucah dan double meaning. Cikgu itu juga mengaku sangat mencabar mendidik anak-anak zaman sekarang.
Cikgu terkejut dengan isi kandungan dalam group tersebut
“Berbalik kepada isu yang saya bangkitkan. Apabila saya masuk group tersebut, tangan ini menggeletar ketika scroll dan membaca conversation mereka.”
Antara isi kandungannya secara ringkas :
1. Remaja bawah umur yang tidak segan mencari ‘sugar daddy’ atau ayah angkat untuk melakukan hubungan sejenis. Rata-rata mereka berumur 15-18 tahun.
2. ‘Sugar daddy’ yang mencari remaja lelaki umur belasan tahun untuk melepaskan nafsu terkutuk mereka.
3. Remaja awal 20an yang tidak segan share gambar sulit mereka tanpa seurat benang.
4. Bahasa lucah yang menjadi kebiasaan mereka. Sehingga saya sendiri tak faham beberapa istilah yang digunakan.
5. Kadang-kadang ada conservation antara mereka yang minta ahli group tengok story telegram mereka. Story telegram mereka lebih mengejutkan saya dengan gambar dan video yang tidak mampu untuk diceritakan.
8000 orang di dalam group ni, tuan. Yang saya perasan majoritinya adalah remaja. Ini baru satu group tuan, semestinya ada beberapa group lain yang sama seperti ini.
Ada beberapa orang yang share ‘sejarah hidup’ mereka yang suka kepada sejenis. Antaranya :
– Pernah diliwat senior, kawan, saudara atau pak cik.
– Pengaruh tontonan video lucah sesama rakan.
– Pengaruh asrama, sehingga jadi ‘seronok’ kepada gejala ini.
– Housemate yang kerap berpakaian separuh bogel, sehingga menarik ‘minat’.
“Dan saya baru tahu, rupanya ada lagi beberapa channel/group di telegram yang seumpama ini” tulisnya.
Cikgu tersebut juga menasihati para ibu bapa supaya lebih rapat dengan anak-anak dan tahu akan perkembangan mereka. Sudah tiba masanya untuk mencari solusi kepada punca-punca bukan menuding jari kepada orang lain.
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 2K tanda suka, 120 komen dan 929 kongsi di Facebook, netizen turut menyatakan kerisauan mereka.