“Akak aku kena kanser dia boleh cakap ‘tak bernafsu, geli, penat’, pdhal waktu dia eksiden motor patah kaki berbulan² ddk rumah, mkn siap bersuap, gerak sikit pun nak nangis”
Salam semua, harap ada yang sudi baca sebentar. Dulu zaman aku belajar ada seorang pensyarah aku. Dia ni kalau tengah macam rilex sembang lah pasal topik semasa random stuff.
Masuk satu topik pasal kanser, dia cerita satu artikel pasal kanser. Dia macam percentage antara lelaki dan perempuan.
Lelaki ni percentage dia tinggi yang dia akan tinggalkan pasangan dia waktu kena kanser berbanding perempuan. Dia cakap beza dia tu sangat ‘unbelievable’ Tapi aku cuma ingat waktu tu je lah.
Lama kelamaan lepas habis belajar dan kerja bercinta dah akhirnya kahwin. Aku kahwin dengan seorang doktor. Isteri aku ni doktor dekat salah satu hospital besar dekat Malaysia.
Kerja doktor memang sibuk ye. Tapi kami hidup macam biasa saling faham memahami.
Satu hari ni akak aku dia disahkan sakit kanser. Bila dapat tu satu keluarga terkejut sedih kami pula fikir kesian akak aku dia akan kena lalui semua rawatan tu memang sakit.
Semua pasrah dan buat solat dan doa ramai-ramai semua keluarga berkumpul keluarga kami tak ramai mana pun tak sampai 10 orang.
Hari yang sepatutnya kena buat rawatan ni akak aku telefon cakap boleh tak minta tolong hantar.
Aku macam terkejut ini first treatment takkan abg ipar aku a.k.a suami dia taknak hantar kan. Akak aku cakap dia ada kerja, tapi weekend kot kerja dia memang weekend cuti.
Akhirnya aku dengan isteri ambil dan hantar akak. Waktu sesi tu yang paling banyak tanya dan selesai segala benda tu isteri aku sebab iyalah dia lebih faham selok belok aku setakat angguk je.
Bila hantar balik tengok suami akak aku tak ada juga. Aku risau sebab dia sorang diri tengah lemah nak buat apa semua payah.
Tunggu punya tunggu bila aku call tanya dekat mana dia melenting. Pukul 10 nak masuk pukul 11 baru balik ye. Bila balik tu tiba-tiba dia marah
“Dah lah balik lah tadi nak sangat suruh aku balik.”
Aku pun waktu tu marah “ini isteri kau bukan orang lain yang kau nak melenting kenapa” aku suruh dia jaga akak aku dengan baik lepastu aku terus balik sebab dah malam.
Balik tu tengah drive isteri aku cakap dekat aku “sayang you kena kuat” aku jawab iya saya kuat. Aku ingat dia nak sedapkan hati pasal gaduh tadi. Tapi balik tu dia explain dekat aku.
Selama dia jadi doktor banyak dia jumpa suami yang abaikan isteri dia yang menderita kanser. Semua alasan penat, kena jaga, banyak kerja macam alasan. Bila dia tengok reaksi suami akak aku dengan cara dia melenting sebiji cara diorang.
Aku macam “eh no way right” jadi esok dia ajak aku ikut dia. Dia cakap nak tunjuk ‘something’ aku pun ikut selama ni aku setakat hantar ambil takpun duduk dekat ruang menunggu tu tak pernah masuk dalam.
Jadi dia bawa aku pergi satu wad ni. Dia cakap dengan aku ni wad untuk patient cancer wanita. Nampak kat situ ramai baring, termenung cuma ada 2-3 katil je ada macam visitor.
Then next ward sama tapi bahagian lelaki tengok ramai hampir semua pesakit tu ada visitor most of them isteri diorang. Jadi aku tanya dia oh sini rancak sikit ye.
Isteri aku ceritakan yang pesakit kanser wanita ni kalau yang ada suami barangkali untuk mereka kena tinggal adalah tinggi tak ada orang datang jaga. Kalau jaga sekejap je dah balik.
Tapi kalau yang lelaki pesakit kanser isteri diorang lah yang hari-hari dari masa open untuk visitor sampai tamat diorang baru balik.
Aku sebolehnya denied cakap coincidence kot sebab diorang kerja. Isteri aku tanya aku,
“Jadi u rasa yang isteri tu tak bekerja?” Sambil suruh aku tanya.
Aku memula tu memang tak nak tanya. Tapi bila aku nampak salah seorang akak ni nak keluar aku pun tanya sembang dia pasal kanser suami dia. Rupanya akak tu lepas kerja mandi semua terus datang situ dia siap tukar shift kerja.
Tapi aku macam dalam hati denied lagi. Isteri aku pun cakap dengan aku, “datang lah esok tengok sama ke tak” aku datang seminggu berturut-turut.
Tetap sama je situasi dekat wad tu. Yang paling aku macam berkecai. Ada sorang suami ni dia datang cakap “baring je macam mana nak sihat” dekat isteri dia. Gila itu isteri kau yang tengah sakit cakap baik-baik.
Lepastu perlahan lahan isteri dia bangun nak salam tangan tapi dia nak taknak hulur tangan, aku bila nampak depan mata tu macam nak terkam.
Bila balik tu aku pergi rumah akak aku. Sampai sana suami dia tak ada nak buat apa semua akak aku kena pergi bangun sendiri.
Aku tanya akak aku suami dia mana dia cakap kerja. Balik lambat nak dekat pukul 11 baru balik. Selama ni pukul 6-7 dah sampai rumah.
Aku beranikan diri tanya akak aku suami dia ada berubah ke tidak. Akak pun nangis² cerita sekarang dia jarang bercakap. Balik tu setakat mandi lepastu tidur. Seminggu tu boleh kira pakai tangan berapa kali diorang bersembang.
Baru 2 bulan dari hari yang aku tanya akak tu, suami akak aku nak bercerai. Aku sempat juga penumbuk muka dia 2 das.
Lepastu dia menjerit-jerit cakap penat buang masa dan duit nak buat rawatan nak jaga lagi lepastu dia cakap rasa geli tengok isteri dia kepala botak. Boleh dia tanya depan mata aku, “kau selera ke tengok isteri kau botak?”
Akhirnya selepas berbulan proses cerai, proses nak therapy lagi. Penat akak aku nak tanggung tu semua. Waktu tu memang aku satu keluarga sumpah seranah dekat bekas suami akak aku.
Alhamdulilah lepas hampir 2 tahun ulang alik rawatan akhirnya akak aku di berikan kesembuhan. Dah boleh kembali aktiviti seperti asal, boleh kembali bekerja.
Sepanjang tu aku cuba lah cari kes sama macam akak aku. Rupanya boleh di katakan banyak wanita yang lalui benda sama bila di sahkan kanser ramai suami dia jauhkan diri, cerai, cari bini baru, takpun tak munculkan diri dah sihat baru muncul diri.
Aku punya geram siap hantar official letter dekat company yang bekas suami akak aku kerja. Diorang pun company dah related to women activist.
“How can u hire this despicable person” tulis lah pasal situasi akak aku yang kena cerai. Kalau ada yang cakap aku jahat berdendam memang jahat berdendam. Boleh dia buang akak aku macam tu.
Duit cash akak aku, barang kemas akak aku dia bawa lari sekali waktu proses cerai tu. Ingat lagi dia muncul dekat satu video ni bantu orang Melayu kita yang berhutang dengan ahlong.
Nampaklah dia bercakap sedih saya pinjam hutang bayar itu ini. Kalau rajin cari lah video tu. Aku rasa mungkin ada lagi walaupun dah lama.
Aku sedikit pun tak rasa kesian dia bagitahu kena pukul apa semua. Sebab akak aku kena kanser dia boleh cakap “tak selera, tak bernafsu, geli, penat”
Padahal waktu awal kahwin dia accident motor patah kaki berbulan-bulan duduk rumah akak aku yang jaga. Makan siap nak bersuap lah, nak gerak sikit pun sampai nak menangis sakit. Akak aku tenang je buat.
Tapi bila akak aku kena kanser dibuang macam tu sahaja..
– Ashraff (Bukan nama sebenar) via IIUMC