“Saya anggap dia seperti bapa” – Ajak Shiro serah gaji & keuntungan restoran kedua kepada Ebby Yus

“Saya anggap dia seperti bapa” – Ajak Shiro serah gaji & keuntungan restoran kedua kepada Ebby Yus

 

“Saya anggap dia seperti bapa” – Ajak Shiro serah gaji & keuntungan restoran kedua kepada Ebby Yus

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro serah gaji dan keuntungan kepada rakan baiknya, Ebby Yus bersempena pembukaan cawangan kedua perniagaan makanan miliknya.

Menurut laporan mStar, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanafi Razak, 39, berkata keputusan itu diambil kerana mahu membantu meringankan beban pelawak yang berusia 59 tahun itu yang kini derita pelbagai penyakit kronik.

“Dia seorang sahabat yang cukup dekat. Saya juga anggap dia seperti seorang bapa. Dia yang banyak membantu dan memberi nasihat ketika saya mula masuk dalam industri.

“Kita juga tahu Ebby kurang sihat, jadi dengan cara ini dapat membantu dia menampung kehidupan bulanan.

“Saya serahkan gaji saya di cawangan ini serta peratusan jualan seperti yang telah ditetapkan dalam kontrak. Kiranya cawangan ini adalah hadiah buat dia,” katanya.

Bukan itu sahaja, Ajak sering mengaplikasikan nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan oleh Ebby bagi menguruskan cawangan pertamanya yang terletak di Gombak.

“Masa saya nak buat perniagaan ini, dia banyak beri nasihat. Dia ajar saya cara untuk layan pelanggan. Antara nasihat yang diberikan ialah jangan kedekut jika ada pelanggan yang datang bersama keluarga.

“Dia juga sempat singgah di cawangan pertama sebelum ini. Walau dalam keadaan sakit, dia masih dapat luangkan masa,” ujarnya.

@ajakshiro_

Kita kidnapped kejap dia. Berjaya Ajak bawak Abg Abby pergi jenjalan. Alhamdulillah semakin sihat..Tengoklah cara dia bercerita..Bunyi macam bapak2 kan? Sebab tu korang jangan kenal dia, nanti korang sayang..😁 Dia ingat dia je boleh buat suprise kat Ajak masa dia datang makan kat kedai hari tu. Kali ni Ajak pulak buat suprise kat dia.. Insyallah Bang, banyak sama kita kongsi, sikit sama kita rasa.. . Atas sokongan korang semua, cawangan Bumbu Babah Abg Ebby Yus akan dibuka di Central Market.. Insyallah opening minggu depan.. . Yang banyak dm Ajak tanya mana nak jumpa Abg Ebby Yus. Cari dia kat Central Market .Kita ramai-ramai support dia kt sana ye… . Ni la partner baru Ajak..Kamu suka tak? Doakan ye.. . @bumbubabah_hq . #mybuddy

♬ Islam – Lafina

Sebelum ini, Ajak memuat naik sebuah hantaran di laman Instagramnya membawa Ebby melawat kawasan cawangan baharu Bumbu Babah di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Dalam perkongsian itu, dia telah membuat kejutan untuk menghadiahkan cawangan kedua tersebut buat Ebby yang dikatakan bakal dibuka pada minggu hadapan.