“Seriuslah” – Ramai terkejut aiskrim Malaysia dijual dengan harga RM6 sebatang

“Seriuslah” – Ramai terkejut aiskrim Malaysia dijual dengan harga RM6 sebatang

 

Netizen terkejut selepas mengetahui aiskrim Malaysia dijual dengan harga RM6 dalam satu pameran yang diadakan di dalam negara baru-baru ini.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan atau singkatannya MAHA diadakan di MAEPS, Serdang minggu lalu dan berjaya menarik puluhan ribu pengunjung ke pameran berkeaan.

Netizen kemudiannya tertarik dengan salah satu gerai yang menjual aiskrim Malaysia dimana penjual berkenaan menjual salah satu manisan yang sinonim dengan rakyat negara ini dengan harga yang dianggap kayangan.

Penjual meletakkan harga RM6 untuk sebatang aiskrim sebelum membuat promosi dengan harga RM10 untuk dua batang pada hari terakhir pameran berkenaan.

Harga kayangan ini nyata mendapat kecaman dari netizen dimana mereka menganggap harga tersebut tidak masuk akal untuk manisan yang lazimnya dijual dengan harga RM1 untuk satu batang aiskrim.

Ada netizen yang faham penjual perlu mendapat untung apatah lagi mereka berniaga dalam acara yang hanya berlangsung selama beberapa hari namun harga yang diletakkan terlalu mahal.