Disangka ‘air ajaib’ dari tanah berkhasiat, rupanya sekadar air paip bocor

Disangka ‘air ajaib’ dari tanah berkhasiat, rupanya sekadar air paip bocor

 

Disangka ‘air ajaib’ dari tanah berkhasiat, rupanya sekadar air paip bocor

Gempar di Indonesia, apabila penduduk di Desa Rowoyoso, menjumpai air ajaib yang ternyata air itu sebenarnya air paip bocor selepas batang paip pecah.

Penduduk di kawasan tersebut awalnya teruja dan berpusu pusu mengambil air ajaib tersebut kerana ianya sangat jernih dan tidak berbau.

Mereka yakin air ajaib itu memiliki keajaiban apabila diminum. Ini termasuk menjadi  penawar yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk mampu memberikan pemulihan secara spiritual.

Salah seorang warga di situ mendakwa dia adalah saksi bahawa itu adalah air ajaib. Kerana kakinya yang kejang terus sembuh selepass meminum air tersebut.

“Saya datang pagi-pagi, sudah banyak orang. Kaki saya sakit, kayak kejang. Makanya saya tertarik untuk datang ke sini. Saya minum, Alhamdulillah sudah sembuh,” ujar lelaki itu kepada wartawan, menurut laporan Media Pasti.

Maka berbondong-bondonglah mereka yang membawa bekas seperti tong air dan baldi untuk mengambil air tersebut.

Namun, kekecohan dan kegemparan tersebut segera diredakan oleh Perbadanan Air Minum Daerah (PDAM). Kerana menurut PDAM, air tersebut adalah air paip yang mengalir daripada saluran paip bocor.

Maka tidak hairanlah air itu bersih dan tidak berbau, kerana ia ternyata air yang sudah dirawat.

@infinity.feeds

Warga Pekalongan di desa Rowoyoso sempat heboh karena muncul mata air ajaib Ternyata setelah dicek… itu cuma pipa PDAM yang bocor. Yang bawa galon katanya udah ikhlas. infinityfeeds pekalongan mataair pipaPDAM

♬ suara asli – Infinity Feeds – Infinity Feeds

PDAM segera melakukan kerja kerja pemulihan. Dan PDAM menasihati warga yang mengambil air tersebut agar memasak air itu terlebih dahulu sebelum diminum.

Ini kerana, walaupun ianya air bersih, ianya masih belum tentu selamat untuk diminum secara langsung kerana air itu terkeluar daripada batang paip besar yang bocor.

paip bocor

PDAM juga kesal kerana mereka lambat menerima laporan tentang paip bocor tersebut. Sambil menasihati masyarakat agar mendapatkan dahulu pengesahan tentang sesuatu perkara daripada pihak berkuasa sebelum bertindak.