Remaja 15 tahun sanggup pinjam ‘Ah Long’ untuk belanja teman wanita makan siakap 3 rasa

Remaja 15 tahun sanggup pinjam ‘Ah Long’ untuk belanja teman wanita makan siakap 3 rasa

 

Remaja 15 tahun sanggup pinjam ‘Ah Long’ untuk belanja teman wanita makan siakap 3 rasa.

Demi memuaskan kekasih hati, seorang remaja terjerat dengan pinjaman sindiket Ah Long yang mana beliau mempunyai hutang sebanyak RM13,000.

Dipetik dari laporan NST, remaja tersebut berhutang dengan sindiket haram selepas kekasihnya mengidam untuk memakan ikan siakap tiga rasa.

Ini adalah antara kes yang dilaporkan kepada Operasi Darul Muttaqim (DM), organisasi yang ditubuhkan pada 2022 untuk membantu mereka yang berumur 15 tahun ke atas yang menghadapi masalah akibat meminjam dan penipuan pinjaman wang tidak berlesen.

Pengurus Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardu Ain, Fariz Izhar Adrus berkata siasatan lanjut mendapati remaja dari Selangor itu berhutang wang kepada 12 peminjam tidak berlesen atau Ah Long.

Remaja itu telah berhenti sekolah, meninggalkan sejumlah RM13,000 hutang kepada peminjam wang haram.

“Remaja itu terjumpa iklan di TikTok untuk pinjaman Ah Long selepas teman wanitanya mengidam ikan siakap,” kata Fariz yang dipetik dalam laporan itu.

“Mungkin dia terlalu malu (meminjam wang daripada ibu bapanya), dan akhirnya, dia meminjam daripada Ah Long.

“Ibu bapa remaja itu adalah penjawat awam. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersama bapa saudaranya, kerana tidak mahu bersekolah lagi,” katanya.

“Remaja itu adalah antara lebih 3,700 kes membabitkan individu berusia 15 hingga 60 tahun yang menghadapi masalah dengan pinjaman tidak berlesen dan hutang yang kami bantu selesaikan sejak tiga tahun lalu,” tambah Fariz.

Menurut laporan itu, DM juga menerima kes melibatkan beberapa wanita yang mendapati diri mereka terperangkap, termasuk dipaksa bersetuju menyerahkan bayi yang baru lahir mereka sebagai syarat untuk membayar faedah atau menyelesaikan hutang yang terhutang kepada peminjam wang haram.

Laporan itu mengatakan ramai wanita dalam kes ini mengambil pinjaman dengan alasan untuk membantu suami mereka dengan komitmen bulanan keluarga, seperti membayar bil, menyelesaikan hutang berkaitan perniagaan, dan membeli barangan runcit.

Pengurus Besar DM Datuk Mohd Zaki Zainol berkata terdapat juga kes mereka yang meminjamkan wang daripada peminjam hanya untuk kutu (penipuan skim simpanan), membeli ubat-ubatan terlarang seperti dadah dan perjudian.