Ahli Parlimen Seputeh terkejut terima kertas ugutan bunuh beserta dua butir peluru

Ahli Parlimen Seputeh terkejut terima kertas ugutan bunuh beserta dua butir peluru

 

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima ancaman surat berisi dua butir peluru dan satu kertas putih bersaiz A4 tertera perkataan ugutan bunuh yang diletakkan di peti surat kediamannya semalam.

Bekas Menteri Industri Utama itu berkata, ketika pulang ke rumah dan ingin mengambil surat di dalam peti surat mendapati terdapat satu sampul yang mengandungi benda agak keras di dalamnya.

“Apabila saya buka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4 dengan tulisan ugutan.

“Saya kemudian membuat laporan polis dan serahkan surat dan peluru kepada polis di Balai Petaling,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Teresa berkata, polis turut datang menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Saya memang hairan dan tidak tahu kenapa terima peluru dan surat ugutan seperti ini.

“Saya berterima kasih kepada pihak polis atas tindakan pantas selepas saya buat laporan. Saya yakin pihak polis dapat membantu dalam kes ini,” katanya.