“Cantiknya dia, soft spoken sama macam abang” – Kecantikan & kelembutan adik Fattah Amin jadi perhatian
“Cantiknya dia, soft spoken sama macam abang” – Kecantikan & kelembutan adik Fattah Amin jadi perhatian.
Adik kepada pelakon, Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan kini menjadi perhatian netizen selepas muncul dalam satu temu bual bersama ibunya baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @hanumsubri di laman TikTok, kelihatan Raihan dan ibunya sedang menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada mereka.
Antara soalah yang ditanya adalah personaliti dan makanan kegemaran Fattah.
Namun netizen pula sudah jatuh hati sebaik sahaja mendengar cara percakapan Raihan yang disifatkan sebagai seorang yang lembut.
Selain tutur kata dan penampilannya, wajah Raihan juga turut menjadi perhatian netizen.
Rata-ratanya sangat mengagumi kecantikan Raihan dan melabelkannya sebagai ‘natural beauty’.
@hanumsubri sedikit sebanyak perkongsian dari ibu dan Raihan buat @Fattah Amin
Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.