Adam Corrie tetap lunas tanggungjawab sebagai anak biarpun berbeza agama
Adam Corrie tetap lunas tanggungjawab sebagai anak biarpun berbeza agama
Meskipun sudah memeluk agama Islam hampir 20 tahun lalu, pelakon, pereka tari dan penari profesional, Adam Corrie Lee Abdullah masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Malah biarpun berbeza agama, Adam Corrie, 56, berkata, dia tetap meraikan Tahun Baharu Cina bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain.
“Alhamdulillah setiap kali raya, saya memang akan pulang jenguk mak dan penuhi apa yang dia perlukan. Cuma sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, mak pun semakin uzur sebab sudah mencecah usia 84 tahun.
“Jadi saya rancang untuk tahun ini, saya akan bawa mak keluar untuk makan besar dan insya-ALLAH akan disertai adik saya yang juga beragama Islam dan abang saya,” katanya ketika ditemui di pelancaran sebuah drama di Bukit Jalil baru-baru ini.
MESKIPUN sudah memeluk agama Islam hampir 20 tahun lalu, pelakon, pereka tari dan penari profesional, Adam Corrie Lee Abdullah masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Malah biarpun berbeza agama, Adam Corrie, 56, berkata, dia tetap meraikan Tahun Baharu Cina bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain.
“Alhamdulillah setiap kali raya, saya memang akan pulang jenguk mak dan penuhi apa yang dia perlukan. Cuma sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, mak pun semakin uzur sebab sudah mencecah usia 84 tahun.
“Jadi saya rancang untuk tahun ini, saya akan bawa mak keluar untuk makan besar dan insya-ALLAH akan disertai adik saya yang juga beragama Islam dan abang saya,” katanya ketika ditemui di pelancaran sebuah drama di Bukit Jalil baru-baru ini.
“Mendiang ayah ketika hayat adalah seorang tentera dan banyak bertugas di luar negara. Kami pula ada adik beradik seramai 10 orang, saya anak kelima dan adik anak keenam.
“Jadi mak serahkan adik saya kepada bidan itu yang juga kawan baiknya. Namun disebabkan tuntutan tugas, bidan itu dan keluarga kami sama-sama berpisah.
“Ikutkan awal-awal itu mak dan bidan tersebut ada berhubung, tetapi tidak dapat bertemu kerana jauh,” jelasnya.
Tambah Adam Corrie, semasa terlibat dalam sebuah program televisyen di Astro, dia pernah menceritakan latar belakang keluarganya dan rancangan itu ditonton kakak angkat kepada adiknya itu.
“Adik saya memang sudah lama mencari keluarganya. Kebetulan kakak dia tonton rancangan itu dan beritahu adik mengenai saya.
“Jadi adik saya hubungi Astro untuk dapatkan nombor saya dan dipendekkan cerita kami bertemu selepas itu. Cuma disebabkan kami terpisah ketika masih kecil, saya tidak begitu mengingati adik lelaki saya itu.
“Saya bawa adik bertemu abang dan kemudian bawa dia bertemu mak untuk sahkan semuanya. Sejak itu dia sering pulang menziarahi mak dan turut sama meraikan Tahun Baharu Cina,” katanya yang mempunyai seorang lagi adik lelaki yang sudah terpisah secara kekal.