“Ada yang sampai RM200k” – Gaji kalah CEO, Zukie dedah pernah raih RM90,000 sebulan hasil video di Youtube
Siapa tak kenal dengan Youtuber Zukie yang banyak menghasilkan pelbagai jenis video di Youtube.
Video yang dihasilkan sebenarnya mendatangkan pendapatan lumayan sehingga mencecah RM90,000 sebulan.
Perkara itu didedahkan Zukie menerusi satu sesi podcast bersama pempengaruh Yousaf. Kata Zukie, pendapatan itu diraih ketika dia menghasilkan drama bersiri komedi sebanyak 14 episod.
Setiap minggu dia akan mengeluarkan satu episod dan pendapatan RM90,000 adalah tertinggi diperolehi ketika itu.
Namun kata Zukie, perkara itu tidaklah mengejutkan kerana ada Youtuber mendapat sehingga RM200,000 sebulan.
Paling tinggi aku pernah dapat RM90,000 sebulan. Tak pernah cecah RM100,000. Time tu aku buat Naik KL, sketsa komedi berepisod. Aku buat 14 episod, seminggu satu. So setiap bulan RM70k, RM80k, naik RM90k lepas tu turun turun.
Sebagai Youtuber, Zuki mendedahkan seseorang perlu mempunyai komitmen dengan Youtube iaitu menghasilkan video secara berdisiplin.
Tak kisah kau buat content apa pun dekat Youtube, kau nak naik dekat Youtube kau kena punctual. Kalau kau buat sehari 1 video, kau kena buat 1 hari 1 video.
Menurut Zukie, 80% daripada penonton bukan datang daripada subscribers sebaliknya daripada penonton baru yang dicadangkan oleh Youtube disebabkan ‘komitmen’ yang telah diberikan.
@youcastclips Sapa boleh lawan??