“Dia ke sana dipanggil kerja, silap-silap dibayar dengan USD” – Abby Abadi pertahan nyanyian Fazura

“Dia ke sana dipanggil kerja, silap-silap dibayar dengan USD” – Abby Abadi pertahan nyanyian Fazura

 

“Dia ke sana dipanggil kerja, silap-silap dibayar dengan USD” – Abby Abadi pertahan nyanyian Fazura.

Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai nyanyian selebriti terkenal, Nur Fazura yang membawakan lagu duet berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ di Indonesia untuk mempromosikannya di sana.

Persembahannya dalam rancangan temu bual, SEA Today itu telah mendapat pelbagai kritikan netizen, namun lain pula pandangan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang tampil mempertahankan Fazura.

Dalam satu posting di IG story, Abby berpendapat nyanyian Fazura tidaklah seteruk yang dikritik dan ia juga tidak mudah untuk dinyanyikan secara solo kerana ia sebuah lagu duet.

“Okey je, comel je Fazura nyanyi. Lagu duet nyanyi berdua bukan senang nak dinyanyikan seorang. Lagi pula minus one kosong, kira okey lah ni. Bukan pertandingan pun. 

“Ramainya yang mencaci, memaki Fazura. Dia ke sana dipanggil kerja, tentu ada bayaran. Silap-silap dibayar dengan USD. Korang maki-maki dapat apa? Dah tak suka semua benda tak kena, istighfar banyak-banyak,” tulisnya.

Faz

Abby Abadi juga menerusi komen di sebuah akaun IG portal hiburan lain berkata, netizen sepatutnya diam dari terus mengeji dan meminta maaf kepada penyanyi itu atas kelancangan kata-kata mereka terhadap Fazura.

Img 0358