Abby Abadi luah rasa di IG, komen Marissa Dania pula jadi perhatian

Abby Abadi luah rasa di IG, komen Marissa Dania pula jadi perhatian

 

Komen Marissa di posting luahan Abby Abadi telah mendapat perhatian ramai apabila dia meminta supaya ibunya membalas mesej yang dihantar menerusi WhatsApp.

Marissa atau nama sebenarnya, Marissa Dania Hakim telah meninggalkan komen tersebut di posting ibunya yang memuat naik video serta luahan seorang ibu.

Dalam perkongsian tersebut, Abby dilihat meninggalkan kapsyen menyatakan tidak perlu berusaha menjadi seorang ibu yang sempurna tetapi jadilah seorang ibu yang bahagia.

“Tak perlu berusaha menjadi mama yang sempurna…tapi berusahalah menjadi mama yang bahagia.

“Kerana kita harus waras. Waras untuk menguruskan rumahtangga, suami, anak-anak dan hal-hal yang lainnya.

“Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya. Kalau penat, ambil masa berehat kerana kita juga manusia.” tulisnya.

Abby Abadi sebelum ini mengatakan tidak mengetahui tentang keadaan Marissa yang dikhabarkan bersalin bayi pramatang dan kehilangan anak pertamanya sejurus melahirkan telah berkongsi beberapa luahan seakan mengambarkan apa yang sedang dirasai.

Komen yang dibuat oleh Marissa telah mendapat maklum balas daripada netizen yang kebanyakkan daripadanya meminta agar mereka sama-sama dapat menyelesaikan masalah ini.

Ada juga mengatakan mungkin Abby sedang terasa hati dan sebagai anak perlulah mendahulukan ibu dalam hal-hal penting seperti yang sedang dilaluinya sekarang.

Terdahulu, suami kepada Marissa Dania, Ahmad Aslam telah membenarkan bahawa isteri keduanya bersalin bayi pramatang namun anak mereka meninggal dunia sejurus dilahirkan.

Dia telah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, bapa mentua, qariah surau serta isteri pertama, Umisya Mazlan kerana membantu dalam segala hal.

Dia juga meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi sertam menjatuhkan hukum sewenangnya diatas ujian yang sedang dilalui oleh mereka ketika ini.