“Ini ujian untuk saya” – Abang ‘wiring’ akhirnya bersuara, bakal cerita perkara sebenar

“Ini ujian untuk saya” – Abang ‘wiring’ akhirnya bersuara, bakal cerita perkara sebenar

 

“Ini ujian untuk saya” – Abang ‘wiring’ akhirnya bersuara, bakal cerita perkara sebenar

Selepas beberapa hari kisah cinta terlarangnya bersama seorang guru wanita kecoh di media sosial, lelaki yang mengaku dirinya ‘abang wiring’ muncul menerusi akaun Facebook.

Menerusi akaun Hairul Ezuan, dia bukan sahaja berkongsi gambarnya dengan isteri tetapi turut menyatakan akan memberi penjelasan berhubung kontroversi yang melanda dirinya.

“Untuk kes yang viral pasal saya ni. Saya akan huraikan satu persatu setiap cerita yang berlaku untuk pemahaman semua pihak.

“Saya akan bersihkan semula nama saya. InsyaAllah,” ujarnya menerusi hantaran yang dibuat pada pagi Selasa.

Mengakui dirinya kilaf berhubung isu curang, dia turut menyatakan setiap manusia melakukan kesilapan.

Malah katanya, apa yang berlaku adalah satu ujian untuk dirinya.

“Setiap manusia melakukan kesilapan, saya mengaku salah dan silap saya. Ini ujian untuk diri saya,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, dia juga tidak menghalang jika dirinya terus menjadi bahan kecaman warga maya dan masyarakat sambil menyifatkan ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, dia berharap supaya anak dan ahli keluarganya tidak dibabitkan dalam kontroversi ini.

“Nak teruskan kecam tak ada masalah itu hak awak. Tapi tolong jangan babitkan anak dan ahli keluarga saya.

“Tolong asingkan bab kerja dan hal peribadi. Cuma saya nak cakap dosa dengan Tuhan kita boleh bertaubat, tapi kalau dosa dengan orang selagi orang tak ampunkan, Allah tak akan ampunkan.

“Hati-hati dalam komen dan menyebarkan,” luahnya lagi.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya memberi kata-kata sokongan dan berharap urusannya dipermudahkan.

“Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik. Tak kena dekat tempat dia, macam-macam boleh cakap. Apa-apa pun semoga tabah dan kuat semangat.

“Tak perlu huraikan apa-apa. Mereka tak akan cuba nak faham tetapi hanya nak condemn.

“Sabar, salah tetap salah tapi kena ‘gentle’ hadap je. Semoga urusan dipermudahkan,” demikian ungkapan warga maya.

Warga maya memberi kata-kata sokongan padanya.

Terdahulu, warga maya dikejutkan dengan satu pembongkaran kisah cinta terlarang antara guru wanita dan seorang lelaki yang menjalankan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pendawaian elektrik (wiring) di rumah.

Ia berikutan, selain dakwaan menyatakan rumah tangga ‘disondol’, individu tersebut turut mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp antara guru terbabit dan lelaki bergelar suami orang itu.