“Tak boleh tahan lagi, maruah kita je yang kena pijak” – Abang Viva sahkan sudah bercerai dengan Eva Noza

“Tak boleh tahan lagi, maruah kita je yang kena pijak” – Abang Viva sahkan sudah bercerai dengan Eva Noza
Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan Abang Viva mengesahkan rumah tangga yang dibina bersama isterinya, Eva Noza Zakaria sejak hampir tiga tahun lalu tidak dapat dipertahankan.
Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar mengesahkan mereka telah bercerai dan mendakwa perkahwinannya dengan wanita itu tidak dapat diselamatkan dan perpisahan merupakan jalan terakhir.
“Dah cerai dah pun, tak boleh tahan lagi, maruah kita je yang kena pijak. Pesan pada hati, ikhlaskan yang sudah pergi, memang sakit untuk dinikmati, tapi sesakit mana pun, itulah realiti,” ujarnya.
Ujarnya lagi, hidup perlu diteruskan dan perlahan-lahan untuk berjuang dengan perasaan yang sedang dihadapi itu.
Azwan yang membuat penstriman langsung sebentar tadi memberitahu, akan berkahwin pada hari Jumaat namun belum ada calon untuk dihalalkan.
Media sebelum ini melaporkan Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober 2022.
Rumah tangga pasangan itu juga dilaporkan pernah berantakan sehingga bercerai, namun mereka rujuk semula.