“Abang janji sayang sampai mati, rupanya semua itu dusta”

“Abang janji sayang sampai mati, rupanya semua itu dusta”
“Abang kata sayang Cah…tapi dalam diam, abang sayang orang lain.”
Itulah luahan pilu seorang wanita dikenali sebagai Cah, selepas rumah tangganya yang dibina selama enam tahun runtuh angkara kecurangan suaminya.
Lebih menyedihkan, suaminya mula berubah sikap sejak setahun lalu dan sering memberi alasan sibuk bekerja sehingga jarang berada di rumah.
Cah dalam satu catatan di Facebook memberitahu, naluri sebagai isteri akhirnya membongkar rahsia apabila dia sendiri terlihat mesej mesra antara suaminya dan wanita lain di telefon bimbit lelaki itu.
“Hati saya luluh…selama ini saya pertahankan dia, saya diam walaupun orang sekeliling beri petunjuk.
“Tapi bila saya sendiri baca mesej itu, ‘Abang rindu sayang? sabar ya, satu hari nanti kita akan bersama’, saya terduduk,” luahnya.
Kata wanita itu, sebelum ini suaminya pernah ‘kantoi’ curang, tetapi telah bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan itu.
“Dia selalu sebut, ‘Abang janji, abang hanya sayang Cah sampai mati’. Tapi rupanya semua itu dusta. Saya yang selama ini setia, beri peluang namun dibalas dengan pengkhianatan,” katanya.
Menurut wanita itu, dia juga telah meminta untuk dilepaskan dan bakal menfailkan permohonan cerai di mahkamah.