“Bangga dapat Abang Malbatt!” – Wanita hilang sabar, dedah identiti penyondol
“Bangga dapat Abang Malbatt!” – Wanita hilang sabar, dedah identiti penyondol
Tular di media sosial seorang wanita berang terhadap seorang gadis yang sanggup melakukan apa sahaja demi merampas suaminya termasuk baring atas riba suami dalam sebuah siaran langsung di TikTok.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Nurul Atiqah telah memuat naik satu pendedahan berkenaan keberanian seorang gadis yang sanggup menghancurkan rumah tangga demi merebut suaminya.
Menurut Nurul Atiqah, suaminya yang merupakan seorang anggota askar Malaysia menjadi punca utama mengapa gadis itu sanggup merampas pasangan orang lain.
Dakwa Nurul Atiqah, disebabkan kehadiran gadis itu juga, dia telah dihina oleh suami sendiri yang mengatakan wanita itu hanya menumpang hartanya.
“Bangga dapat Abang MALBATT! Cinta mati konon sampai cakap kat saya, ‘memang ramai lagi lelaki lain kak, tapi saya tak boleh tipu perasaan saya’.
“Yela, mana taknya. Suami saya senang bagi pada dia dan dia pun seronok kikis suami saya, apa dia minta semua dapat. Disebabkan kau juga la suami saya hina saya, kata saya tumpang harta dia!
“Saya tak halalkan dunia akhirat apa hak saya dan anak-anak yang suami bagi kat kau. Lantaklah suami saya cakap dia ikhlas bagi tapi saya tak reda,” katanya.
Dalam pada itu, Nurul Atiqah turut mendakwa wanita itu juga sanggup mencederakan dirinya hanya kerana tidak menerima perhatian yang cukup daripada suaminya.
Tidak cukup dengan itu, gadis itu juga memaksa suaminya untuk berkongsi lokasi telefon bimbitnya agar dia tahu keberadaan lelaki berkenaan setiap masa.
“Dia cakap tak hamak kat suami saya, tapi suami saya yang tergila-gilakan dia. Amboi, tapi kau meroyan teruk! Bila suami saya abai tak bagi perhatian pada kau, sampai toreh tangan.
“Meroyan sebab kena abai dengan suami saya, nakkan perhatian. Tak cukup ke suami saya pasang aplikasi Life260 tu? Siap kau tahu suami saya dan keluarganya kemana setiap hari. Saya isteri yang sah ni pun dia tak buat gitu,” ujarnya.
Malahan, gadis itu juga berani mempamerkan kemesraannya bersama suami Nurul Atiqah dengan membuat siaran langsung ketika sedang berbaring di riba lelaki tersebut.
“Buat siaran langsung si TikTok, siap baring atas riba suami saya. Dalam keadaan usap-usap pipi kau. Nak tunjukkan pada dunia yang ada abang MALBATT kenan pada dia.
“Sepatutnya kau sabar, nak ambil suami saya sabar banyak. Saya masih isteri yang sah, belum jatuh talak lagi. Kau pun tak hadap lagi suami saya macam mana.
“Ni kau meroyan macam saya rampas suami kau! Tunggu saya cerai, saya sedia nak sedekah suami saya pada kau. Saya diam je tengok suami saya dengan kau tapi kau cabar saya.
“Tak hormat saya, isteri sah! Meroyan nakkan perhatian suami saya!” luahnya.
Dalam pada itu, Nurul Atiqah juga memuat naik beberapa foto memaparkan perbualan dan kemesraan suaminya dengan gadis berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, wanita itu juga berkongsi satu video memaparkan siaran langsung gadis tersebut yang sedang berbaring di atas paha suaminya.
Pada video tersebut, gadis itu kelihatan gembira meluangkan masa bersama suami Nurul Atiqah dan sempat bergelak tawa dengan galak bersama lelaki itu.
Pada masa yang sama, suami kepada Nurul Atiqah juga mengusap-usap pipi gadis tersebut yang sedang berbaring di pahanya.
Menerusi tinjauan ke Facebook Nurul Atiqah, masih belum ada perkembangan terbaharu mengenai kemelut tersebut namun wanita ini menempuhi ujian dengan teguh.