“Sampai sekarang tak tahu kenapa putus tunang, bercerai” – Erra Fazira dipuji tak pernah buka aib bekas pasangan

“Sampai sekarang tak tahu kenapa putus tunang, bercerai” – Erra Fazira dipuji tak pernah buka aib bekas pasangan

 

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira meraih pujian warganet kerana tidak menyebarkan aib bekas pasangannya meskipun menemui jalan perpisahan.

Menerusi sebuah hantaran di Threads, seorang individu berkata dia sama sekali tidak pernah mendengar Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek memburuk-burukan pasangannya sebelum ini.

Bagusnya dia, pernah sekali putus tunang, dua kali mengalami kegagalan rumah tangga.

Tetapi tak pernah sekali pun dengar dia buka aib lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Baik bekas tunang mahu pun bekas suami.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menyifatkan Erra sebagai seorang wanita yang matang.

Menurut warganet sikap baik yang dimiliki pelakon berusia 51 tahun itu, menyebabkan ramai yang tidak mengetahui tentang masalah yang dialaminya ketika menjalinkan perhubungan.

Erra lebih ‘ high class’. Kematangan fikiran dia itu yang mencerminkan peribadinya. Suka tengok dia kendalikan hati dan perasaannya.

Sampai sekarang tak tahu kenapa dia putus tunang dan kenapa dia bercerai.

Dia punya senyap tu sampai kita lupa dia pernah jadi isteri Yusry.

Imbas kembali, Erra dan penyanyi Datuk Awie pernah melangsungkan majlis pertunangan pada tahun 1996 sebelum putus di tengah jalan pada tahun 1998.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga bersama selebriti Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bercerai selepas tiga tahun.

Pelantun lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara itu berkahwin kali kedua bersama Engku Emran. Mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Engku Aleesya, 15, namun bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.