5 lokaliti di Sabah, 1 di Kelantan, Terengganu dan Perak dikenakan PKPD
![5 lokaliti di Sabah, 1 di Kelantan, Terengganu dan Perak dikenakan PKPD 5 lokaliti di Sabah, 1 di Kelantan, Terengganu dan Perak dikenakan PKPD](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2021/08/IMG_20210815_180428_749-e1629021986613.jpg)
Sebanyak lima lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 16 Ogos ini.
Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini berkata, satu lokaliti di Kelantan, Terengganu dan Perak juga terlibat dalam pelaksanaan PKPD.
Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD;
Pelaksanaan PKPD bermula 17 hingga 30 Ogos adalah seperti berikut
Sabah
- Empat lokaliti di Kota Belud, melibatkan Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu, Kampung Suang Punggur dan Kampung Tambulaung
- Taman Megah Jaya, Tawau, Sabah (Lorong Megah 2,3, 9, dan 10)
Terengganu
- Kampung Bukit Cina, Mukim Pasir Akar, Besut
Kelantan
- Kampung Lela Jasa, Mukim Olak Jeram, Kuala Krai,
Perak
- Tapak Bina ’Spanish Garden’, Kinta
Pelanjutan PKPD pada 17 hingga 20 Ogos
- 19 Lokaliti di Mukim Kuala Dungun, Dungun, Terengganu melibatkan Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak Tengah, Kg Molek, Bijangga, Sungai Udang, Sungai Penaga, Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar
- 14 Lokaliti di Mukim Sura, Dungun, Terengganu melibatkan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir, Taman Maidam, Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati dan Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang
- Kampung Tagibang, Kota Marudu, Sabah
Penamatan PKPD pada 16 Ogos
Sabah
- Ladang Agathis, Kalabakan
- Kampung Bakalau, Beaufort
- Kampung Nosoob, Penampang
- Perumahan Ladang Hibumas, Sungai- Sungai, Beluran
- Kampung Gusung, Kota Kinabalu
Terengganu
- Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Jabi, Besut
Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, sebanyak 174 kompaun dikeluarkan dan sembilan lagi direman atas kesalahan ingkar SOP semalam.
Katanya, selain itu 65 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.
Tambahnya, seramai 19 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga buah kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng.
Sumber: FMT