Senarai 5 jenis buah termahal di dunia, yang pertama lagi mahal daripada harga kereta MPV

Senarai 5 jenis buah termahal di dunia, yang pertama lagi mahal daripada harga kereta MPV

 

Siapa menyangka buah yang kecil ini boleh sama harganya dengan sebuah kereta, jangan terkejut tapi durian tiada dalam senarai ini.

Bercakap tentang harga, pastinya terdetik di kalangan masyarakat tentang buah durian Musang King yang terkenal dengan harganya tapi ada lagi buah lebih mahal.

Menurut Fresh Plaza, ini adalah lima jenis buah yang termahal di dunia.

1. Tembikai Susu Yubari – RM122,000

Tembikai Susu Yubari yang berasal dari Jepun pernah berjaya dilelong dengan harga RM122,000 dalam satu acara lelongan pada tahun 2018.

Hanya 500 biji sahaja akan dihasilkan setiap tahun daripada lapan orang peladang yang beroperasi di Yubari, Jepun.

2. Nanas Cornwall – RM55,000

Nanas dari Cornwill ini mahal adalah kerana kaedah penanaman yang unik kerana menggunakan najis dan air kencing kuda serta menggunakan teknik rumah kaca.

Harga nanas ini boleh mencecah sehingga RM55,000 sebiji.

3. Anggur Ruby Roman – RM46,000

Terlihat perbezaan ketara di antara saiz anggur biasa dan Ruby Roman, anggur ini ditanam di daerah Ishikawa, Jepun dan mengambil masa dua tahun untuk dihasilkan setiap biji.

Harga paling tinggi pernah dicapai untuk anggur ini adalah RM46,000 dalam satu lelongan pada tahun 2019.

4. Tembikai Densuke – RM25,750

Harga tembikai Densuke RM25,000 sebiji - Kosmo Digital

Tembikai Densuku mempunyai bentuk yang agak unit dan rasa yang sangat manis berbanding tembikai lain.

Menurut Fresh Plaza, dalam satu acara lelongan pada tahun 2008, sebiji Tembikai Densuke berjaya mencecah harga RM25,750.

Dek kerana penghasilan buah yang sukar dan hanya di negara tertentu sahaja menyebabkan harganya lebih mahal berbanding buah biasa.

5. Mangga Northern Territories – RM10,000

Di Australia, satu acara amal dijalankan bagi menghormati peladang mangga yang bekerja Northern Territory.

Acara tersebut melibatkan lelongan hasil tanaman mereka. Buah tersebut dilelongkan dalam kuantiti satu talam.

Menurut Fresh Plaza, rekod jualan tertinggi dipegang dalam acara tahun 2012 pada harga RM138,000 bagi satu talam mangga yang berisi 14 buah biji. Maknanya RM10,000 sebiji.