Hanya dapat 4.2 rating daripada Jason, ini respon Kieda Crepe

Hanya dapat 4.2 rating daripada Jason, ini respon Kieda Crepe

 

Walaupun menerima reviu rendah daripada pempengaruh media sosial Jason, usahawan Kieda Crepe tak melatah ketika memberikan responnya.

Baru-baru ini, Jason telah berkunjung ke Festival Budaya Putrajaya 2024 untuk mencuba makanan yang dijual di festival itu termasuklah pencuci mulut daripada Kieda Crepe.

Ketika mencuba pencuci mulut popular usahawan itu iaitu hidangan crepe, Jason mengambil tiga perisa namun dia hanya memberikan rating 4.2 daripada 10 markah.

Selepas mencuba tiga perisa pencuci mulut popular daripada usahawan itu iaitu hidangan crepe, Jason hanya memberikan rating 4.2 daripada 10 markah.

Bagaimanapun, Kieda Crepe atau nama sebenarnya Khalieda Yusra tidak melatah dengan penilaian yang rendah itu, malahan dia juga berterima kasih kerana Jason sudi mencuba produknya.

@scaredtodie

finally tried kieda crepe #jasonfoodreview #makanlokal #malaysiafood #foodreview #scaredtodie #klfoodie

♬ original sound – Jason 🇲🇾 – Jason 🇲🇾

Pada video yang dimuat naik oleh Jason, Kieda Crepe telah meninggalkan komen sebagai respon terhadap reviu daripada pempengaruh media sosial itu.

Dalam pada itu, Kieda Crepe juga menerangkan dia sememangnya menggunakan kastard untuk menyediakan hidangan crepe dan ia sangat sesuai untuk mana-mana individu yang tidak berminat dengan buah durian.

“Terima kasih Jason sudi rasa produk saya. Betul, durian crepe saya inti dimasak kastar, yang tak suka durian akan boleh makan crepe durian saya. Terima kasih lagi Jason!” katanya.

Sementara itu, di bawah komen Kieda Crepe pula, ramai warga maya yang menyuarakan pendapat mereka bahawa crepe durian lebih enak tanpa kastard.

Mungkin crepe durian Kieda ada yang suka, ada yang kurang minat….