Tular video peniaga mi wantan gaul kaki ayam guna batang kayu mop
Seorang penjual mi wantan dari Sri Petaling, Kuala Lumpur, dirakam dalam video menggunakan kayu yang biasa digunakan sebagai batang mop untuk mengadun kaki ayam semasa penyediaan makanan.
Ia sekaligus mengundang kecaman teruk dalam kalangan netizen yang jijik apabila melihatnya.
Dalam video tersebut, dilihat seorang lelaki mengeluarkan kaki ayam dari periuk sebelum dilihat menggaul kaki ayam yang ada dalam periuk itu menggunakan batang mop yang diletakkan di atas lantai sebelahnya sebelum meletakkan semula ke atas lantai.
Di samping ada yang berseloroh apabila melihat kelakuan lelaki itu dan ada juga yang marah serta ambil serius tentang perkara ini.
“Ini cara betul untuk masak kaki ayam, Kaki kan selalu kat atas lantai.”
“Lelaki ini pengotor! Aku yakin mesti dia lama buat macam ni, cuma kali ni baru kantoi. Aku rasa dia patut tutup gerai dia, memang tak ada orang yang sanggup pergi sana.”
Bagaimanapun, pihak pengurusan kafe tersebut menggantung operasi mereka serta merta untuk membuat siasatan. Menurut pihak pengurusan, mereka komited untuk melaksanakan protokol kebersihan yang lebih ketat dan meningkatkan standard perkhidmatan keseluruhan.
“Kami akan berusaha untuk memastikan semua operasi memenuhi jangkaan pelanggan sebelum menyambung semula perkhidmatan.”
Pihak mereka juga membuat permohonan secara terbuka kepada orang ramai khususnya mereka yang menjadi pelanggan di premis.